ANDA SEDANG MEMBACA

7

Surat Buat Peminat QPR, Cardiff. Oleh Khuzrin Kamarudin

Abdul Sokernet Friday, September 16, 2011
Khuzrin Kamarudin,
No 1, Jalan Sinar Harapan, Taman Gersang,
45678, Daerah Tandus,
Johor Darul Ta'zim


Saudara/i,

Pertama sekali, maaf kalau aku guna kata ganti diri 'aku' yang dikatakan kurang bertamadun untuk diguna pakai penulis-penulis masa kini. Yalah. Banyak sangat penulis baru terutamanya lelaki lebih gemar menggunakan 'gua' atau 'guwa'. Kata kawan aku, "penulis baru yang lebih cenderung menggunakan 'gua' dalam penulisan mereka ni sebenarnya seorang yang tiada identiti diri. Mudah terikut-ikut dengan gaya penulis-penulis maha agung yang lain. Kalau tulisan diorang tu power takpe jugak. Ni stok-stok sampah tepi jalan punya." Ok. Itu kawan akulah yang kata. Bukan aku. Aku ok je. Asalkan penulisan korang bagus, berisi dan berilmiah serta berzat, jadi aku terima sahaja.

Ok, maaf pendahuluan yang panjang. Sekarang mari kita pergi ke fokus utama. Tujuan surat ini ditulis. Ya. Tujuan warkah ini dititipkan dan kepada siapa ingin aku tujukan. Sebagai asas peringatan, surat ini ingin ditujukan kepada peminat-peminat dua buah kelab bola sepak yang berpengkalan di England dan Wales, iaitu Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City.

Tapi! Ada unsur penegasan di situ. Surat ini ditujukan buat peminat-peminat yang berasal darah Tanah Melayu dibawah naungan British sahaja. Yang memang berasal dari Tanah British boleh berambus baca Fakku.net.

Umum mengetahui bahawa dua orang taikun dari Malaysia sudah pun memetrai janji dengan membeli QPR dan Cardiff City. Lantaran itu, atas dasar patriotisme, tulisan 'Malaysia' disematkan di dada-dada jersi kedua-dua kelab ini.

Justeru, semangat patriotisme yang sememangnya mengalir deras dalam darah setiap rakyat-rakyat Tanah Melayu ini, telah membuatkan mereka ini serta-merta mendaftarkan diri sebagai peminat kipas-susah-mati QPR dan Qardiff City. Jika sebelum ini, rakyat Tanah Melayu sibuk menyokong Kelab Terhebat Dunia (Chelsea), Kelab Syaitan Pusaka Puaka Merah, Kelab Kanak-Kanak Hingusan Tadika dan juga Kelab Kaya Dengan Khazanah Bersejarah, kini dua lagi kelab telah menjadi pilihan. Bayangkan pertambahan dua buah kelab ini akan memeriahkan lagi suasana Liga Perdana Inggeris yang sudah sekian lama bertapak dalam hati rakyat Tanah Melayu.

Semarak semangat patriotisme di kalangan mereka ini semakin menyala apabila tindakan pihak Cardiff City mengambil penyerang sensasi negara, Safee Sali untuk menjalani percubaan di kelab itu. Apatah lagi Safee Sali ini memang dikenali di Tanah Melayu. Baik jersi cap ayam, jersi saiz budak-budak semuanya ada tertera nama Safee sali di belakangnya.

Semua orang juga tahu, nama Safee Sali, atau pemain lain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Shafiq Rahim, NorShahrul Idlan Talaha semuanya mula dikenali sejak Harimau Malaya merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup 2010. Sebelum ni? Siapa Liew Kit Kong? Siapa Hairudin Omar? Siapa Shukor Adan? Siapa Syamsuri Mustaffa? Siapa? Siapa? Barisan kabinet menteri-menteri Malawi kah? Sejak kemenangan mengejut itulah, semua mula mengaku pernah sekolah dengan Safee Sali, pernah makan semeja dengan Safee Sali, pernah jual mee soto kepada Safee Sali, pernah buli Safee Sali masa berumur 8 tahun dan berbagai lagi pengakuan.

Jadi, bila Safee Sali dipanggil untuk menjalani latihan percubaan di Cardiff City, semakin membuak-buaklah semangat penyokong-penyokong baru mendaftar jadi penyokong Harimau Malaya ini. Mengharumkan nama negara katanya. Namun dalam keghairahan dalam menyokong Safee Sali ini, mereka juga turut membuat pengakuan menyokong Cardiff City. Hidup mati untuk Cardiff City tapi pakai jersi Manchester United.

Tak percaya? Pergi like fanpage Cardiff City dan QPR sekarang. Habis penuh ruangan-ruangan di situ di 'spam' oleh "penyokong-penyokong Harimau Malaya" ini. Katanya ada Safee Sali pasti Cardiff akan naik mendadak. Kami bangga dengan Safee Sali. Safee Sali membuatkan Cardiff lebih hebatlah. Menyebabkan penyokong-penyokong sebenar Cardiff City naik jelak dan muak dengan perangai bangang budak-budak bangang ni. Sekaligus mengubah mindset mereka kepada taraf keghairahan bola sepak di Tanah Melayu.

Hei bangang. Tahukah anda? Di Eropah, mereka ghairah dalam menyokong sesebuah kelab bola sepak. Di sana, tiada istilah lalang. Hidup mati mereka memang akan bersama kelab kesayangan mereka. Tak kiralah kelab itu tak pernah menang liga sekian lama, atau kelab itu tetap mengamalkan taktikal sama dari dulu. Mereka tetap akan bersama. Hidup mereka kerana bola sepak. Bola sepak itu hidup mereka. Tak percaya? Tanya Liverpool. Bukan kerana ada seorang pemain mereka bermain di sebuah kelab itu. Kalau macam tu, dah lamalah peminat-peminat Liverpool beralih arah ke Chelsea sejak penyerang berbisa, Torres berpindah.

Ataupun sebab ada pemilik dari negara mereka membeli sebuah kelab, baru nak sokong kelab tu. Bangang tahu tak?

Kalau macam tu, kenapa tak sokong RS Strasbourg? Kelab dari Perancis. Apa tak tahu? Lupa. Masa tu mana ada penyokong Harimau Malaya. Sejak kes rasuah, ramai lagi suka sokong Brazil. Tu kelab pernah dapatkan khidmat Akmal Rizal. Betul-betul khidmat ok? Bukan trial-trial. Apa? Tak kenal? Dasar bengap.

Atau kenapa tak sokong Norwich City? Apa? Apesal pulak kena sokong Norwich? Malas pulak aku nak suap. Kau cari sendirilah apasal Norwich. Jangan bebal sangat.

Aku rasa tu je kot. Ni pun dah cukup panjang ni. Sekarang aku nak gulung-gulung surat ni, masukkan dalam botol. Tutup pakai gedus. Lepas tu hanyutkan ke laut. Akhir kata, jangan jadi rakyat Tanah Melayu yang bebal sangat ok? Ok dah.



Yang Benar,

---Surat cetakan komputer, tak perlu tandatangan---

(Penjaga gol futsal Kampung Muhibbah, Kluang)



Nickname : Sipot

7 comments:

rashideeshukri said...

1st!

rashideeshukri said...

senang nak faham, mantap dan padat.

surat macam ni sebenarnya kena print dengan letterhead lepas tu tampal dekat papan kenyataan hostel. kalau hanyutkan dekat laut. momok ikan je boleh baca.

gua ingat nak suruh bapak gua beli MU la. dah alang-alang semua fans pun nak sokong MU, baik kita convertkan terus semua rakyat Malaysia jadi MU fans.

kareem said...

banyak sangat pertanyaan yg lu lemparkan la khuzrin...mencikkk

keli said...

Diorang tak reti nak beza patriotisme dengan kapitalisme je.

Anonymous said...

nie surat budak darjah satu..huh

missus vidic said...

saya sangat suka artikel ini...

hai abg khuzrin ;)

pakkordi said...

Kecik-kecik makan daging rimau kau ni khuzrin.