ARKIB SOKERNET

5

Kenapa Arsenal Tak Menang Piala?

Abdul Sokernet Tuesday, September 20, 2011
Kalau lu nak tau, Rothschild adalah penasihat kewangan rasmi Arsenal. Lu boleh check dekat sini lu tak percaya. Untuk yang tak tau, Rothschild adalah satu agen illuminati atau freemason yang amat berkuasa.

Gua tau ramai yang tau pasal illuminati dan freemason. Satu konspirasi licik pihak yahudi untuk menguasai dan mengawal dunia.

Mengikut teori konspirasi illuminati, World War II adalah peperangan yang terancang. Zionis telah merancang pembunuhan bangsa Yahudi secara besar-besaran supaya Zionis diberikan satu tanah di Palestin untuk dijadikan negara seterusnya meneruskan agenda Illuminati mereka. Dan seperti yang sedia maklum, Yahudi kini sedang menguasai dunia dari segenap sudut.

Pelantikan Rothschild bermula apabila Arsenal bercadang untuk membina stadium yang lebih besar iaitu Stadium Emirates. Dan era kejatuhan Arsenal bermula sejurus selepas pembinaan Emirates bermula.

Kalau lu perasan, ini adalah strategi yang sama yang Zionis gunakan di WWII untuk menguasai dunia. Jadi gua rasa kemasukan Benayoun adalah satu isyarat yang Arsenal akan mula menguasai dunia bola sepak.

Atas sebab ini, gua akan terus menyokong Arsenal. Gua harap penyokong-penyokong Arsenal jangan berpaling tadah. Zaman kebangkitan Arsenal sudah bermula.

Yang benar,
jenanese
http://jenanese.blogspot.com
15

Kejatuhan Dalam Bolasepak Oleh Rashidee Shukri

Abdul Sokernet Monday, September 19, 2011 , ,


Sekiranya artikel ini disiarkan, gua ingin mengucapkan terima kasih kepada Sokernet, di atas kesudian mereka untuk menyambut seruan orang ramai yang inginkan bakat penulisan (dibaca: penganjingan) mereka dibawa ke taraf yang sepatutnya. Ini membuktikan bahawa sekejam atau se-diktator mana pun Sokernet, mereka bukan komunis seperti China dan Vietnam. Pada masa yang sama juga, jari gua tengah ‘point’ dekat Abdul. Tapi, gua tak marah pun, gua tak marah…

Baik, berbalik kepada tajuk pokok.

Pada masa yang terluang, gua suka membelek-belek surat khabar online yang percuma macam BBC, Telegraph, Daily Mail dan sebagainya. Harian Metro pun gua buka juga kadang-kadang, tapi kalau nak baca cerita-cerita romen. Dua tiga bulan yang lepas, sedang gua membaca Guardian, gua dikejutkan dengan berita River Plate yang direlegasikan ke Divisyen Dua.

River Plate, antara dua kelab terbesar di Argentina (musuh ketat Boca Juniors yang ‘rivalry’ mereka dilabelkan sebagai Superclassico) boleh jatuh ke Primera B? Kalau gua boleh senaraikan keajaiban dunia gua sendiri, benda ini mesti masuk dalam list. Zainal Kling gua berkira-kira untuk senarai yang lain; mungkin dalam senarai “kebangangan umat manusia yang paling ketara”.


Gua taip nama River Plate, terkeluar pula gambar ni. Iblis!


Jawapan rakyat jelata yang biasa adalah seperti, “Biasalah tu, mana ada kelab yang kebal. Kalau dah tak cukup mata, turun la liga bawah”. Tapi kenapa boleh jatuh? Lagi-lagi di dalam kes macam River Plate yang terang-terang mendapat protection dari AFA. Kenapa, kenapa, kenapa?

Pada pengamatan gua, kejatuhan kelab bola sepak ni boleh disimpulkan kepada dua kategori, yakni semasa zaman klasikal dan juga zaman moden.

Kita lihat dulu dari sudut zaman klasikal.

Pada era awal 60-an sehingga pertengahan 80-an, kegemilangan bola sepak banyak dikaitkan dengan integriti sesebuah pasukan. Integriti yang membentuk pengurusan pasukan yang baik, pemilihan pengurus yang berwibawa, dan juga pemilihan pemain-pemain yang berinspirasi.  Jikalau integriti pasukan itu baik, maka baiklah satu-satu pasukan itu.

Dalam hal sebegini, kita boleh merujuk kepada contoh terbaik yang gua boleh cari iaitu Liverpool (a.k.a Team Favourite Abah/Tok Wan/Nek Nyang Gua). Sebelum 50-an, Liverpool telah memenangi sebanyak lima kali liga domestik.  Sebagai perbandingan, Manchester United (Team Terpoyo Sepanjang Zaman) pada masa itu hanya memenangi  liga divisyen satu sebanyak dua kali.

Namun, pengurusan yang lemah telah membawa mereka terperosok ke tangga terbawah Divisyen Dua. Dan kalau tak salah gua, masa tu ada dua divisyen sahaja dekat English Premier League (tak termasuk liga-liga kawasan Utara, Selatan, Timur dan Barat). Bagaimanapun, dengan kedatangan Bill Shankly dan konsep “Boot Room” beliau, Liverpool kembali disegani. Tapi itu cerita lain.



Kalau lu tak jumpa potret dia ni dekat bar-bar sekitar Merseyside, memang sah owner dia kutu Everton.


Ya, kawan-kawan. Liverpool yang gah pada masa kini hanyalah bertaraf siput babi masa 50-an dulu. Antara  timnas-timnas gah yang bernasib lebih kurang sama adalah seperti MU (pada 1975), AS Roma (1951), dan Valencia (1986).

Pendek kata, when there is passion, there will be glory. Tapi apabila zaman berubah, falsafah pun turut sama berubah. Macam sejarah Malaysia juga.

Mari kita tengok pula dalam konteks zaman moden ni.

Kejatuhan pada zaman moden ni gua boleh sifatkan sebagai lebih ‘dinamik’. Politik dan kapitalis lebih ‘trend’ dalam sukan bola sepak masa kini. Dan seperti yang kita tahu, dua benda jahanam ni ada dalam macam-macam cara. Cuba kita lihat beberapa contoh.

Juventus, satu kelab yang tidak asing lagi di kancah Eropah. Pernah memenangi pelbagai kejuaraan domestik Itali dan juga luar negara. Pada tahun 2006, mereka telah diterjah (stail Abang Nas Melodi) oleh Persatuan Bola Sepak Itali. Kelab yang telah diberi jolokan The Old Lady ini telah didakwa atas beberapa skandal match-fixing. Sebagai hukuman, mahkamah memutuskan untuk menendang mereka ke kancah Serie B.

Pengerusi besar mereka Luciano Moggi dan anaknya dipersalahkan seratus peratus di dalam hal ini dan  mereka masih lagi dibicarakan di mahkamah. Ini orang selalu panggil, cara-cara Abang Long Pekida. Memajmukkan method kartel mafia dengan bola sepak ni memang kerja biasa kelab-kelab Itali. Bezanya cuma Moggi & Son ni tamak terlebih-lebih.


Percubaan beliau untuk menculik anak Ibrahimovic. Nak venture dalam market jual bayi agaknya.


Satu lagi ini gua rasa Lucius Maximus dah ketengahkan dalam blog Sokernet tempoh hari. Tapi gua nak bawa topik ni ke perspektif yang lebih luas lagi, iaitu kapitalisme di dalam bola sepak. Ini bukan sahaja tertakluk pada Scottish Premier League (SPL), malahan perkara yang sama turut dirasai oleh liga-liga yang bukan calang-calang pada satu masa dahulu seperti Eredivisie, Primeira Liga, dan juga Russian Premier League.

Kita ambil contoh kelab seperti Ajax. Ini bukan kelab anak ikan dekat Eropah. Pemenang Champions’ League sebanyak empat kali dan 30 kali juara Eredivisie. Kebanyakan Dutch Masters seperti Wesley Sneijder, Ruud Gullit dan Patrick Kluivert memulakan karier muda mereka di sana, dan ramai juga di antara mereka menyarung jersi kebangsaan Belanda.


“Gua hairan. Gua punya power main bola, bini gua juga yang lagi popular dari gua.” – Rafael van der Vaart, alumni AFC Ajax.


Tapi kini, disebabkan hak penyiaran yang kurang berbanding liga-liga utama lain seperti EPL dan La Liga, mereka terpaksa bergantung kepada penjualan pemain muda yang berbakat besar dan tiket, selain peluang mereka untuk bermain di Champions’ League, yang menjanjikan pulangan revenue yang besar. Tetapi polisi ini pun akan berbalik semula kepada peluang mereka untuk bersaing di Eropah. Kalau tak ada key player yang boleh menginjakkan Ajax, macam mana mereka nak terus buru tempat dekat Champions’ League, yang menjanjikan hanya dua tempat untuk kelab Eredivisie? Mereka sememangnya tak boleh menafikan peluang-peluang kelab lain macam PSV dan Anderlecht.

Walaupun relegasi tidak berlaku, tetapi pelan jangka panjang dalam pembangunan sesuatu liga itu dah tentu akan terencat. “Datuk” Sepp Blatter kata nak promosi konsep Fair Play dalam bola sepak. Pakai air liur dengan gigi memanglah senang kan?


“Apa? Gua korup? Pergi mati.”


Contoh beginilah yang membuatkan kelab-kelab yang dulunya begitu kompetitif (Benfica misalnya)  terpaksa bermain untuk Europa League. Harus diingat bahawa perbezaan income yang datang dari dua pertandingan ni adalah tinggi, disebabkan oleh collection berdasarkan ‘market pool’ sesebuah liga.  Pendek kata, kelab yang kaya akan menjadi makin kaya, kelab yang miskin akan bertambah miskin. Orang Eropah yang kita agungkan sangat ni adil ke? Kepala bana!

Tapi steadylah kan, kejatuhan ni mungkin terjadi kepada kelab-kelab yang lu orang tak berapa berkenan sangat. Namun, tak mustahil juga kalau benda ni berlaku kepada MU sekali lagi, yang masih lagi dibelenggu hutang yang tinggi di bawah pengurusan Malcolm Glazer. Tak mustahil juga kalau La Liga jatuh tersungkur disebabkan protes gaji dan dominasi melampau oleh dua pasukan yakni Barca dan Real Madrid yang berlaku baru-baru ni.

Hidup ni macam roda, kejap kita dekat atas, kejap lagi kita dekat bawah.




Tapi dia ni tak pernah ada dekat bawah wehhhh. Pakai tangkal apa ni?
7

Surat Buat Peminat QPR, Cardiff. Oleh Khuzrin Kamarudin

Abdul Sokernet Friday, September 16, 2011
This summary is not available. Please click here to view the post.
2

Dulu TOP 4 Sekarang TOP 6 oleh Mas Joko

Abdul Sokernet
Sejak dari azali lagi EPL (nama lama) hinggalah ke BPL (nama baru) pasukan yang tertop, terpower dan juga terklasemen sekali tidak lain tidak bukan ialah Liberpul, Chelsea, Menyu naited dan errrr.. team apa yang kena 8-2 hari tu?

'Itu team Arsenal la syial!..ARSENAL!! cilakak betul how dare you underestimate my team! Apa ingat budak tadika tak pandai main bola?'

Sengal betul lah fan Arsenal ini. Tu pun nak bekeng. Ok, back to the topic, tapi sejak akhir-akhir ni kemunculan beberapa team yang semakin meningkat prestasinya mula mengganggu gugat team TOP 4 ini. Team tersebut ialah Men Siti dan juga Tottenham Hotspur. Mari kita menselusuri (betul ke ayat ni) team-team TOP 6 ini dan prediction untuk BPL season ni :

Menchester Yunaitek (Menyu)

Dengan 19 kejuaraan Liga Inggeris dalam kabinet trofinya Menyu menunjukkan kepada pasukan Ayam Brand a.k.a Liberpul siapa yang lebih klasemen dalam BPL. Dengan umur Sir Alex yang makin senja dan semakin hampir dia dengan alam barzakh namun itu idak sesekali membuatkan Menyu lemah. Team Menyu turut diperkuatkan dengan Bad Boy Runi dan jugak Cicak Made in Mexico menjadikan mereka satu strikeforce yang deadly dan mampu mengecutkan testis defender pihak lawan. Tapi gua rasa season ni mereka hanya layak menduduki tempat ke-2 dalam BPL. (Gua tak nak fan Menyu berlagak menang 20x nanti fan liberpul touching)

Chelsea

Team yang suka mengabihkan boreh si Roman Abramovich ni pula telah membuat satu anjakan paradigma dengan memborong Nando Torreh dari team Liberpul dengan harga yang tinggi. Namun Nando Torreh sudah hilang sengatnya, barangkali dicuri oleh Ajib untuk filem KL Gangster. Tetapi dengan team yang sedia ada ditambah lagi dengan pembelian Juan Mata pastinya Chelsea akan kasi senggggaatttt sama itu Menyu. Prediction No.3 dalam BPL

Liberpul

Walaupun kena kutuk dengan Abe Jib dengan gelaran History Channel, namun semangat juang King Kenny and co. tetap tidak pudar. Dengan slogan "Mu tak ke jale sore-sore" atau Yenuwa! Yenuwa!, penyokong mereka termasuk Mat Sabu tetap mengharapkan sesuatu yang bakal mengulangi sejarah dahulu. Gua harap UNESCO boleh consider untuk masukkan team ini dalam 'warisan team klasemen dunia'. Sejak kemunculan arnab baka dari Uruguay dan beberapa pemain termasuk Carroll si panau membuka lembaran baru untuk menamatkan kemarau kejuaraan BPL sekaligus menyamai rekod Menyu yang takabur itu. Tapi gua dah muak dengan statement ni " We won it 5 times". Tak habis-habis mengulangi sejarah lampau! Tapi gua rasa season ni mereka hanya layak di tempat Ke-4. Ok la tu dapat masuk UCL!

Arsenal

Sejak diayamkan 8-2 oleh Menyu tempoh hari, Cikgu Wenger bertindak drastik dengan merombak silibus pembelajaran di tadikanya. Dengan meregisterkan 4 murid baru termasuk sore dari Korea, Cikgu Wenger yakin mampu bangkit semula dari setback di awal musim ini. Untuk season ni gua predict team tadika ni untuk berada di tempat ke-5, bagi chance sama itu Liberpul main UCL pulak.

Manchester City (Mensiti)

Popularitinya makin meningkat dek dari pembelian team tersebut oleh Pak Arab suatu masa dolu. Penyokong mereka kebanyakkannya terdiri daripada budak yang tak sunat lagi dan baru nak berjinak-jinak dengan BPL. Jangan salahkan mereka, takkan diorang nak sokong Liberpul, itu team yang penuh sejarah.Bosan! Dengan 4 wins in a row mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan juga kentut sama kuat dengan Menyu.

"Mensiti power la syiall! Ada Aguero, Silva, Nasri, Tebez. Setakat 8-2 tu Mensiti boleh ayam Arsenel 10-0 beb wa cakap lu!"

Sembang tak jatuh beb fans Mensiti ni, Mat Sabu pun kalah. Tapi ada juga kebenarannya. Mensiti memang POWER! POWER! POWER!. Gua feel Mensiti dapat menang BPL tahun ni. Biar Menyu tengok jiran tetangga dia menang pulak.Asyik-asyik Pak Alex je nak menang..Pak Cini pon nak menang jugak!

Tottenham Hotspurs

Ini salah satu team underdog dalam TOP 6. Gua malas nak explain banyak pasal team ni sebab ini team yang membosankan macam Liberpul jugak. Gua bajet mereka bakal menghuni tangga ke-6 untuk season ni. Mereka ni macam Pahang la. Mula-mula hebat. Masuk UCL lagi. Last-last la ni dok bottom half. Tapi tak seteruk Pahang yang kena relegated. Patut la Abe Jib sokong Happy Warriors pulak. Dasar lalang!

Apa-apa pun Liberpul stil the powerest, terklasemen, terhaibat dan termantop! You'll Never Walk Alone! Let the history repeats itself!



13

TERIMA KASIH BOLA (FOR LIVERPOOL FANS ONLY) Oleh Kemboja

Abdul Sokernet Thursday, September 15, 2011

Kes 1

Ada seorang wanita. namanya tuuuut (eloklah kita rahsiakan). 3 bulan lalu wanita ini gembira. Gembira bangat kata minah indonesia. Suaminya selalu bangat mendukungnya. Dia berasa gembira bangat kerana kasih sayang suaminya. Kalau ditanya 'abg sayang syg x?...suaminya mst menjawab 'abg sayang sayang'. Dia sangat gembira setiap kali suaminya menjawab soalan itu.

TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perlukah kita sebagai lelaki yg ‘aduh –dia- ni- lambat- betul- make up.aku-dah-la-nak-tgk-bola-japgi‘ menjawab soalan yang sama setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Setiap tahun? Tepuklah dada tanyalah selera jika anda seorang lelaki wahai sahabat2ku yang dirahmati Allah sekalian. Mungkinkah kita bakal menghabiskan masa kita, umur kita dengan aktiviti yang tidak berfaedah? Adakah kita hanya memikirkan bilakah ajal akan memanggil kita atau kita memikirkan mempergunakan hayat kita sebaik2nya? Astaghfirullahalazim astaghfirulahalazim astaghfirullahazim…

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

JUSTERU ITU!!!!!!!!

Hdirin hadirat yang saya kasihi sekalian,

Saya sebagai ehem ehem ehem menyeru supaya penyokong2 Liverpool bertindaklah mengubah nasib anda sebelum anda diam2 slumber deeeeekkk je ckp ‘eh aku sokong je Liverpool tapi hati Manchester United.sj bg kau panas’. (mmg lapar pelempang 12.0 skala Richie)

TETAPI!!!!!!!!

Walau apa pun anda, siapa pun anda, bagaimana anda dilahirkan, Aku yang entah sampai harini tak tahu knape aku main futsal muntah2, 4 kali main 4 kali muntah menghambat bola sebijik berterima kasih kerana disebabkan bola lah aku dapat bersosial, menambah kenalan baru, rasa ada life dan kerana ‘bola’ jugalah rakyat Negara kita mampu diperkembangkan secara kuantiti berbanding kualiti.

OK SEMUA COME COME ANGKAT TANGAN NAK BACA DOA NI……. BISMIKALLAHHUMMAHYAWAAMUT…


Ulasan Abdul: Sebenarnya abang nak rejek artikel ni. Ejaan dia kadang2 macam budak sekolah. "x", "mst", "abg". Ini tulis artikel la der, bukan hantar SMS. Buat yang lain2, jangan buat macam ni taw!

Artikel ni abang bagi E, tahu E? FAIL! sebab isi dia ntahapahapa.

6

Orang Naungan British Oleh Kareem

Abdul Sokernet Wednesday, September 14, 2011

Ketika gua sedang enak mengunyah roti canai kuah banjir pagi Ahad lalu, gua dikejutkan dengan bunyi anjing. Err, bukan. Gua dikejutkan dengan berita QPR menerima tajaan bertulis Air Asia dan MAS di jersi pasukan mereka dengan 3 gadis manja tersenyum riang memperagakan jersi-jersi tersebut. Dalam kes ni, elok kita berbalik kepada kata-kata Profesor Zainal Kling yang mengatakan kita tak pernah dijajah sebaliknya kita hanya menjadi naungan British saja. Apa beza jadi naungan dengan dijajah, sumpah sampai hari ni gua tak paham. Memang kling!

Kegilaan orang Malaysia mengagungkan kelab luar bukanlah benda baru. Bersepah-sepah kedai mamak tumbuh bak cendawan dengan dipenuhi oleh orang Malaysia berpengkalan di London. Kini, kegilaan itu bertambah menjadi-jadi dengan kegilaan baru yakni membeli kelab Inggeris atau sekurang-kurangnya mencetak nama di jersi pasukan Liga Inggeris. Dulu, Proton jadi perintis dengan menaja Norwich City sampailah kelab tu terhumban ke divisyen satu balik. Sekarang, Vincent Tan angkut Cardiff dan diikuti pula dengan Tony Fernandes dengan QPRnya sehinggakan orang Malaysia boleh mengaku berdarah QPR! Genting Berhad pun tumpang sekaki dengan menaja Aston Villa.

Ah, palat apa gua cerita benda yang lu orang dah tahu. Maka, gua terdetik dalam hati di kala gua menghabiskan baki roti canai kuah banjir gua tu. Liga Malaysia kita pernah melalui satu zaman di mana ia sampai di satu tahap susah nak mencari penaja setelah syarikat rokok menarik diri dulu. Itupun TM terpaksa menjadi penaja setelah Sultan Bola merayu-rayu dan menebalkan muka di setiap syarikat gergasi meminta penajaan. Dan now, kita lihat bersepah-sepah kompeni gergasi Malaysia membeli kelab luar. Apa kejadahnya ini berlaku?

Bagi gua, ini semua market untuk kompeni besar ni mengorak langkah lebih besar menembusi pasaran antarabangsa dalam memasarkan jenama dan produk mereka. Lagi satu, faktor duit. Samalah tu sebenarnya. Market akan melahirkan duit. Jadi, dengan menaja kelab luar, sudah tentu poket orang kapitalis ini semakin tebal. Apa barang Vincent Tan nak taja Johor FC? Bukan boleh main Champions League pun. Jadi, setelah menikmati teh tarik sebagai penutup hidangan roti canai gua pagi tu, dapat gua simpulkan yang orang kita ni memang suka menjadi orang naungan British.

Nickname:Kareem

Blog:warkahkembara.blogspot.com

9

Ada apa dengan Sejarah Oleh Najmi Hayat


Bercerita pasal sejarah ni, kalau dalam bolasepak, Liverpool FC dianggap pakar. Gua takde hal sangat dengan sejarah ni sebenarnya. Yang gua ada hal sangat dengan orang yang bercerita pasal sejarah. Macam la dia tu hidup di zaman tu nak cerita lebih lebih pulak. Gua fans tegar Manchester United. Jangan tanya gua kenapa gua sokong Manchester United. Gua tak pernah bangga dengan sejarah Manchester United dizaman Sir Bobby Charlton, George Best, Duncan Edwards, Denis Law dan banyak lagi sebab gua tak hidup zaman tu. Mak gua pun masih dara dizaman tu.

This is our season!



Manchester menang piala banyak mana pun gua tak berapa kesah sangat. Tapi tak macam penyokong Liverpool. Mereka dok bangga sangat dengan rekod 18 League Tittle tu sampai la Manchester potong hujung season lepas. Baru dok senyap sikit. La ni bising dengan 5 UCL deepa tu. Yang kau, umur baru 20 tahun sempat tengok Liverpool angkat UCL pun baru berapa kali? Sekali tahun 2005 tu? Takyah nak gebang sangat la. Last Liverpool menang domestic league tahun bila? 1989/1990? Berapa zaman dah tu?


Bila nak julang Barclays Premier League?


Macam sekarang ni la, gua agak jeles dengan pakcik-pakcik kat tempat gua. Diorang sempat tengok kehebatan Mokhtar Dahari dulu. Aku tak sempat. Yang aku boleh tengok kat youtube je. Agak terkilan sebenarnya tapi takpe. Gua tetap sokong Malaysia football team sebab at least nanti bila gua dah pangkat atuk-atuk, gua boleh cerita Safee Sali pergi trial dengan Cardiff City. Gua boleh cerita macam mana keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil bila Malaysia lawan Indonesia final AFF. Sebab gua hidup zaman ni. Gua saksikan sendiri betapa hebatnya Matyo gelecek dua tiga orang player Indonesia. Fuhh! Hebat Malaysia.

I was alive when this happen.


Muka tahan berak?


Bila nak bukak francais kat Malaysia?



Gua boleh cerita kat anak gua nanti yang duk sokong Manchester City (gua tak kesah, janji dia bahagia) betapa hebatnya Manchester United kalahkan Arsenal 8-2 sebab gua tengok game tu live. Gua dapat rasakan bagaimana rasanya tumbukan padu ke udara oleh Wayne Rooney. Gua boleh cerita kat anak gua macam mana muka Arsene Wenger tahan berak ketika David De Gea menepis sepakan penalti Robin Fuckin' Persie.


Bila budak Liverpool bukak sejarah diorang menang UCL LIMA kali, gua tanya diorang balik, lu tengok Gerrad angkat baru sekali. Yang lagi EMPAT tu lu tengok? Lu takyah bangga la dengan sejarah lu. Tunku Abdul Rahman laung merdeka pun gua tak tengok live. So, gua tak feel la merdeka macam mana sebab gua tak hidup zaman tu. Entah betul entah tidak kita merdeka. Gua pun tak tau.

Mereka, eh silap. Merdeka!



p/s : Gua juga saksi Wayne Rooney hat-trick ikut alphabet. A- Arsenal, B- Bolton, C-Chelsea?


Ulasan Abdul: Kalau gua cikgu Bahasa Melayu, gua bagi karangan ni D. Kalaulah betul lu saksi hidup hatrik tu, lu patut pengalaman hidup lu. Takpe, cuba lagi.
4

Ulasan pembelian pemain Chelsea oleh Muhammad Amri

Abdul Sokernet Tuesday, September 13, 2011 ,
Dikaji dan dinilai oleh gua secara jujur sebagai peminat kelab berkenaan. Lupakan kisah $50m seketika dan teruskan menghadapi hari-hari yang mendatang.

Pemain keluar :-
Yossi Benayoun - arsenal
yuri zhirkov - anzhi

ulasan :-
Benayoun dikeluarkan daripada squad chelsea pada saat-saat akhir pemindahan pemain kerana andre villas-boas (AVB) telah berjaya mendapatkan khidmat Juan Mata. Habis madu sepah dibuang, setelah dibuang, arsenal kutip. Yuri blah pergi anzhi.


Pemain masuk :-
Raul Meireles - liverpool
Juan Mata - Velencia
Romelu Lukaku - Anderlecht
Oriol Romeu - Barcelona
Thibaut Courtois - Genk
Ulises Davila - Chivas

Ulasan:-
Pada jangkaan awal gua, pembelian Meireles adalah pembelian "tangkap muat" setelah gagal untuk mendapatkan Luka modric, tetapi ternyata gua silap kerana Meireles merupakan bekas pemain kendalian AVB semasa beliau di Porto. Hanya jauhari mengenal manikam. Pada perlawanan chelsea menentang Sunderland, Meireles di turunkan selaku Kesebelasan utama dan bertindak sebagai Anchorman dengan jayanya.

Dari awal lagi gua percaya yang Mata adalah pemain yang di cari chelsea selama ini. Berkebolehan untuk mengawal bola dan "through ball" kepada striker amatlah digeruni. Bak kata pepatah "apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air"

Pemain seperti Lukaku, Romeu, Thibaut, Davila adalah pemain muda yang berkebolehan dan akan dibimbing AVB bukan untuk menjadi seperti peribahasa moden "anak ikan" tetapi untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Bak kata cikgu BM gua dulu "Kalau mahu meluntur buluh, biarlah dari rebungnya"

p/s-
Buah cempedak di luar pagar,
Amik galah tolong jolokan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong panggil awek sorang jolok dan tunjukkan.

Ulasan Abdul:
Hurup besar hurup kecil berterabur. Lepas noktah, takde pulak sengkang. Gua lempang sesia je mamat ni. Kalau buat lagi, memang gua tak bagi chance, gua delete terus je pasni.
8

Piala Malaysia 2011 oleh Khuzrin Kamarudin

Abdul Sokernet
Bagi penggemar kipas-susah-mati Liga Malaysia, umum tahu bahwasanya sekarang ni sedang berlangsungnya piala paling berprestij dalam kancah bola sepak negara. Iaitu Piala Malaysia yang juga merupakan antara kejohanan tertua di Asia.

Kepada "penyokong baru Harimau Malaya lepas menang Piala AFF", tapi lebih cenderung menyokong EPL, atau liga eropah lain, kalau anda kurang berminat untuk apa aku tulis, sila beredar segera dengan sopan. Tiada paksaan untuk anda teruskan bacaan. :)

Bukan aku cuba meniru pengulas bola sepak terhebat, Lucius Maximus, di laman blog Sokernet. Ini sekadar berkongsi.

Piala Malaysia seringkali berubah-ubah formatnya. Semua terpulang kepada dasar pengurusan pihak maha cekap, teratur dan efisyen iaitu FAM. Kali ini Piala Malaysia dijalankan dengan format liga di peringkat kumpulan yang dibahagikan kepada empat. Hanya juara dan naib juara yang layak ke pusingan kalah mati. Tanpa membebel panjang, mari kita lihat pasukan-pasukan yang bertanding :


KUMPULAN A

---Sang Kenari (Kedah)---

"Biar Jasa Jadi Kenangan". Motto dari Kedah FA. Begitulah juga jasa besar Rozita Che Wan, anak jati Alor Setar, yang menjadi inspirasi kepada lelaki membuang baka kurang elok di bilik air. Sekaligus memastikan negara hanya bakal dipenuhi generasi berkualiti.

---Sang Seladang (Perak)---

Kak Limah yang begitu setia di belakang Perak. Kak Limah pernah menjadi fenomena Malaysia sekaligus memadam populariti cerita 2 Alam milik doktor rambur cendawan. Diharap fenomena Kak Limah membantu semangat Seladang.



---SabaHawks (Sabah)---

Dulu nama jolokannya ialah Sang Badak. Namun mereka menukar kepada nama gelaran yang lebih garang iaitu Hawks. Sama garang dengan ahli-ahli kelab penyokong mereka. Dijangka ahi kelab penyokong mereka ini akan mengganggu-gugat fokus pasukan pihak lawan.


---Sang Jengking (Johor)---

Seluruh isi dunia tahu akan bisa seekor kala jengking. Dan itulah yang ingin dilakukan pasukan Johor, ingin menumpaskan pihak lawan tanpa perlu tenaga yang banyak. Sejauh mana langkah mereka dalam kempen Piala Malaysia 2011?


KUMPULAN B


---Sang Penyu (Terengganu)---

Biarpun mendapat nama jolokan "Penyu", itu tidak bermakna mereka merupakan pasukan yang slow. Buktinya mereka sudahpun merangkul Piala FA 2011. Kepada Penyu, jangan jadi macam Pendekar Penyu yang gila pompuan ok? Apa? Tak kenal? Pergi baca balik buku Dragon Ball.


---Semut Api (PKNS FC)---

Satu lagi kaum serangga kecil tapi menyakitkan sekiranya diserang oleh kuantiti yang banyak. Buktinya mereka telah merangkul kejuaraan Liga Perdana. Kecil-kecil semut api beb! Buka cili api ye adik-adik.


---Sang Rusa (Negeri Sembilan)---

Sama ada menang atau kalah, semuanya bergantung kepada prestasi kembar sensasi "bertarung" dengan Rita Rudaini dan Ayu Raudhah. Jadi kepada Rita dan Ayu, jangan "dibantai" sangat abang-abang ni sehari sebelum perlawanan. Bahaya untuk skuad.


---Sime Darby FC---

Merupakan sebuah kelab dengan tajaan syarikat gergasi Sime Darby, kelab ini sentiasa dipandang remeh. Namun begitu, kehebatan kelab ini mengetepikan Pahang pasukan terhebat dunia dengan jumlah jaringan yang besar, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Hati-hati yang lain!


KUMPULAN C

---Red Worriors (Kelantan)---

Kita akan sebut dengan nama Amir Maharajalawak. Maharaja ok? Bukan raja. Maksudnya Amir ni power! Legenda tiada galang ganti. Begitu juga hendaknya kepada The Red Worriors, yang dulunya dikenali dengan Kijang. Antara maharaja baru dalam kancah bola sepak Malaysia.


---Sang Lebah yang sangat power dan berbisa (Johor FC)---

Bukan sahaja pemain-pemainnya kacak, malahan penyokong-penyokongnya juga kacak-kacak dan chun-chun. Berbekalkan motto "Enjut Lebah Enjut", Johor FC sentiasa kasi seeeeennnngggaaaattt kepada pasukan lain. Muahahaha! Ok. Sila ambil perhatian. Johor FC dan Johor adalah dua pasukan berbeza. Johor FC ialah pasukan kelab sementara Johor pula merupakan pasukan negeri sama macam Kedah, Perak, Negeri Sembilan. Ok? Bengang pulak bila ramai tak reti bezakan. Huh!


---Felda United---

Antara pendatang baru dalam kancah liga Malaysia, "adik" kepada pasukan terkuat dunia Pahang dan diasaskan oleh Perdana Menteri kita. Namun yang masih dimusykilkan, PM kita lahir di Pahang, tapi katanya beliau merupakan penyokong Kelantan. Ok. Perhatikan rembatan ala-ala Gerrard. Memang power!


---Sang Kenyalang (Sarawak)---

Ok. Tak ramai rasanya kenal dengan Belinda Chee, personaliti 8TV dari Sarawak ini. Begitu jugalah sekiranya hendak disamakan dengan skuad Kenyalang. Nama mereka agak lama tenggelam dalam kancah bola sepak Malaysia. Di harap Belinda semakin meningkat, juga Sarawak turut meningkat bagi memeriahkan lagi dunia bola sepak negara. Oh ya! jumpa Belinda dalam 8TV Quickie.


KUMPULAN D


---Red Giant (Selangor)---

Amri Yahyah, pemain yang pernah menggegar jaring pasukan biasa-biasa, Manchester United sebanyak 2 kali dalam satu perlawanan. Power tak power la mamat ni. Antara salah seorang bintang dalam skuad Selangor. Selangor dengan membawa Misi-33 iaitu ingin menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33. Mempunyai rekod besar dengan kemenangan sebanyak 32 tapi kali terakhir ialah pada 2005. Sama macam Liverpool pulak ada sejarah lampau.


---Penyu Muda (T-Team)---

Satu lagi pasukan kelab, "adik" kepada Terengganu. Namun begitu adik bukan sebarang adik, mereka ni garang, sama garang macam Abng Long Dil.


---The City Boys (Kuala Lumpur)---

David Arumugam, antara penyanyi lagenda begitu asyik menyanyikan lagu "Senyumlah Kuala Lumpur". Biarpun mempunyai nama jolokan hampir sama dengan Manchester City, tapi mereka tidak membawa imej England. Ni memang Malaysia punya. Semakin meningkat naik sejak akhir-akhir ini. ~~Kuala Lumpur, senyumanmu, di pagi ini~~ Terima kasseeeyyyy!!


---Policeman (PDRM FC)---

Harap maklum. Gambar di atas bukan polis Malaysia. Sebaliknya polis dari Indonesia. Polis Malaysia mana ada macam kat atas ni. Polis Malaysia tutup aurat, baik, jujur, cekap, amanah. Ok ok. PDRM FC merupakan antara pencabar yang tak boleh dipandang mudah. Kalau di Singapura ada kelab hebat, Singapore Army Force FC (SAFFC), kita juga ada PDRM FC. "Awak jangan main-main dengan saya!" Inspektor Lim menghentak meja soal siasat. "Sabar Lim, sabar." Inspektor Mazlan menenangkan. Ok. ni dialog Gerak Khas.



Akhir Sekali... Johor FC Power!