ARKIB SOKERNET

6

FAK ri oleh alepridz

Abdul Sokernet Tuesday, November 22, 2011

14

Surat Terbuka Untuk Pipiyapong Oleh MOHAMAD SYAIFFRIE MOHAMAD SYAIFFUDDIN

Salam Pipiyapong,

Lu punya artikel memang tip top. Geli dubur membacanya. Tapi saya pelik, adakah anda juga antara jutaan penyokong yg buta tidak melihat, Asra sebagai satu liability? Saya admit, fakri memang kepala bana. Tetapi, semalam ada 3 kepala bana…thamil, fakir & asra…semua main front line.

Persoalan saya, kenapa tiada org mengutuk asra? Kenapa fakri sahaja? Sbb asra score? Tahukah anda, selama asra bermain, dia byk menyusahkan team mate. Semalam, back pass asra, menyebabkan zubir tertekan dan concede corner. Dari corner itu kita bocor. Mana ketinggian asra time corner itu?

Bagi saya, asra adalah punca kita tewas kepada Indonesia 1-5 di AFF thn lepas. Asra punca defensive lapse di sebelah kiri kerana tuning kepala asra tak sama dgn player lain. Yg penting saya tidak suka permainan asra yg sering melakukan defensive error. Maybe die lebih byk membantu serangan. Dlm game semalam, asra lebih baik bermain sebagai targetman sbb ketinggian die. Boleh head bola. Attribute yg ada, Passing out, cross out (kalau nak cakap cross die hebat assist bad masa lawan siam, tgk balik video, itu fluke cross). Asra ni macam Mikel & Malouda dlm Chelsea. Berbatov dalam Man United. Ada nama, tapi haprak. Pemalas nak mampus.

Sya bersyukur dia tak terpilih utk olimpik sbb umur. Zubir lebih sesuai di left back. Persoalan kedua, kutukan org Malaysia lebih kepada bahagian hadapan. Butakah kita, jika kita terlalu taksub dengan serangan, kita biarkan defence kita hancur?

Saya tidak membaca surat khabar. Saya mengikuti perkembangan bola sepak secara pemerhatian di setiap game yg ada. Bukan bersorak membabi buta macam ultras. Bergendang gendut tali kecapi macam pak gendang Selangor. Bukan untuk bermain flare, mercun atau laser. Bukan untuk meniup sangkakala, vuvuzela, atau membuang duit utk air hon, burger overprice. Tapi tujuan dating ke stadium utk melihat permainan yg menarik.

Contoh permainan menarik adalah, Gary steven Robbat, Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal, khairul Fahmi, muslim, fadhli…kalau boleh nak sebut satu team, sbb…mereka ada semangat kekitaan, bukan kenegerian. Yg penting mari kita sama2 bangunkan bola sepak Malaysia. Tidak kira anda penyokong negeri atau kelab. Berikan sokongan moral dan kritikan membina.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan pemerhati bola sepak Malaysia

Persoalan terakhir, adakah Fakri & Asra anak emas FAM? Mcm Shukor Adan sebelumnya?