PENGUMUMAN DAN ARTIKEL-ARTIKEL PILIHAN EDITOR

I : Kembali Ke Laman Sokernet Utama - Klik Disini!

buku lucy

I : Cerita Piala Dunia Sudah Dipasaran

buku lucyBuku Cerita Piala Dunia tulisan pengkritik bola sepak indie nombor 1, Lucius Maximus kini boleh dipesan sekarang. Buku bolasepak paling terklasemen pernah dihasilkan! ---->

III : Pipi Sertai The Gooners

Penulis kacak tetapi tidak banyak berkata-kata Sokernet hari ini menerima tawaran bermain untuk kelab kegemaran beliau Arsenal.Beliau dibeli kerana Arsene Wenger sudah fedap sama Clichy[...]

IV : Mana Aweks?

Apasal Sokernet ada seorang sahaje pengulas wanita. Ini adalah seksis menurut Ketua Wanita UMNO Johor Baharu semalam. Oleh kerana itu Lucius bercadang memanggil Lisa Surihani menjadi pengulas baru[...]

ENTRI TERKINI

6

FAK ri oleh alepridz

Abdul Sokernet Tuesday, November 22, 2011

13

Surat Terbuka Untuk Pipiyapong Oleh MOHAMAD SYAIFFRIE MOHAMAD SYAIFFUDDIN

Salam Pipiyapong,

Lu punya artikel memang tip top. Geli dubur membacanya. Tapi saya pelik, adakah anda juga antara jutaan penyokong yg buta tidak melihat, Asra sebagai satu liability? Saya admit, fakri memang kepala bana. Tetapi, semalam ada 3 kepala bana…thamil, fakir & asra…semua main front line.

Persoalan saya, kenapa tiada org mengutuk asra? Kenapa fakri sahaja? Sbb asra score? Tahukah anda, selama asra bermain, dia byk menyusahkan team mate. Semalam, back pass asra, menyebabkan zubir tertekan dan concede corner. Dari corner itu kita bocor. Mana ketinggian asra time corner itu?

Bagi saya, asra adalah punca kita tewas kepada Indonesia 1-5 di AFF thn lepas. Asra punca defensive lapse di sebelah kiri kerana tuning kepala asra tak sama dgn player lain. Yg penting saya tidak suka permainan asra yg sering melakukan defensive error. Maybe die lebih byk membantu serangan. Dlm game semalam, asra lebih baik bermain sebagai targetman sbb ketinggian die. Boleh head bola. Attribute yg ada, Passing out, cross out (kalau nak cakap cross die hebat assist bad masa lawan siam, tgk balik video, itu fluke cross). Asra ni macam Mikel & Malouda dlm Chelsea. Berbatov dalam Man United. Ada nama, tapi haprak. Pemalas nak mampus.

Sya bersyukur dia tak terpilih utk olimpik sbb umur. Zubir lebih sesuai di left back. Persoalan kedua, kutukan org Malaysia lebih kepada bahagian hadapan. Butakah kita, jika kita terlalu taksub dengan serangan, kita biarkan defence kita hancur?

Saya tidak membaca surat khabar. Saya mengikuti perkembangan bola sepak secara pemerhatian di setiap game yg ada. Bukan bersorak membabi buta macam ultras. Bergendang gendut tali kecapi macam pak gendang Selangor. Bukan untuk bermain flare, mercun atau laser. Bukan untuk meniup sangkakala, vuvuzela, atau membuang duit utk air hon, burger overprice. Tapi tujuan dating ke stadium utk melihat permainan yg menarik.

Contoh permainan menarik adalah, Gary steven Robbat, Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal, khairul Fahmi, muslim, fadhli…kalau boleh nak sebut satu team, sbb…mereka ada semangat kekitaan, bukan kenegerian. Yg penting mari kita sama2 bangunkan bola sepak Malaysia. Tidak kira anda penyokong negeri atau kelab. Berikan sokongan moral dan kritikan membina.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan pemerhati bola sepak Malaysia

Persoalan terakhir, adakah Fakri & Asra anak emas FAM? Mcm Shukor Adan sebelumnya?
13

Kenapa Johor FC Tersingkir Awal Piala Malaysia 2011? Oleh Khuzrin Kamarudin

Abdul Sokernet Saturday, October 15, 2011


Johor FC. Sebuah kelab maha hebat dari selatan tanah air. Dari tiga tahun lepas, Johor FC menamatkan liga dengan berada di kelompok empat teratas dan tak pernah jatuh dari kelompok itu sampai tahun ni. Begitu juga untuk saingan Piala Malaysia. Dari tiga tahun lepas, Johor FC sudah dua kali mara ke peringkat separuh akhir. Cuma tahun ini mereka tersingkir awal. Pernah melayakkan diri untuk bermain di Piala AFC menggantikan Selangor yang tarik diri. Oleh kerana kehebatan pasukan berstatus kelab inilah, sudah dua kali Johor FC dikurniakan Kelab Terbaik oleh Anugerah Kebangsaan 100Plus-FAM.

Johor FC tetap pilihan aku walaupun perlawanan bola sepak pertama yang aku tonton ialah final Piala FA 1998 antara Sabah dan Johor FA. Bukan Glory Hunter MenYu vs Sejarahwan Liverpool.

Pada dasarnya, aku selaku pemilik 'tatu' Lebah dalam hati sejak mula kenal apa itu sistem bola sepak, mengandaikan bahawa kejatuhan mendadak Johor FC ini adalah disebabkan kepincangan pihak pengurus. Ok. Ini cuma andaian aku sahaja. Umum mengetahui, tahun lepas, Johor FC hampir dibaham Abang Jais Sarday, kononnya mahu digabungkan dengan skuad negeri, Johor FA. Dengan alasan untuk memartabatkan maruah bola sepak Johor.


Namun dek ideologi sama yang pernah digunapakai sebelum ini ke atas "Allahyarham" Pasir Gudang United, menemui papan tanda "Gagal", penyokong-penyokong Johor FC telah sebulat suara membuat bantahan keras ke atas idea mengarut ini. Natijahnya mereka mengalah dan tidak meneruskan idea penggabungan dua skuad menjadi satu.


Arakian, mereka tidak mengalah sepenuhnya. Mereka telah membuat satu lagi keputusan muktamad, dengan menjadikan design jersi antara Johor FC dan Johor FA menjadi sama. Lambang Johor FC dikecilkan sementara bendera Johor disematkan di dada kiri jersi. Warna oren? Tidak. Mereka telah menggantikan warna oren dengan warna biru-merah sebagai jersi tuan rumah. Jersi pelawat warna hijau sementara warna oren turun takhta ke jersi ketiga. Gejala 'Skuad Oren' mahu dihapuskan? Mungkin.


Logo Johor FC ada di belang warna merah, ada di belang warna biru. Logo penaja 'tenggelam' kerana warna sama dengan belang-belang. JKing? Layaknya di stokin. Jersi keeper lain macam. Kesimpulannya, langsung tak smart dan layaknya cuma untuk dipakai di Liga Kampung Muhibbah anjuran UMNO Semberong.


Natijahnya, Abang Eddy Helmi Manan, Rezal Zambery Yahya, Ridhuan Ma'on dan yang lain-lain terpaksa menebalkan muka menyarung jersi "Barcelona", berjuang dengan semangat yang kucar-kacir seserabut jersi mereka. Namun, penyokong-penyokong yang tampil ke stadium tetap memakai jersi oren. Ya, penyokong Johor FC adalah sedikit kuantitinya kalau nak dibandingkan dengan Kelantan, Selangor ataupun Perak. Tapi yang penting kesetiaan, semangat Lebah, jiwa dan seangkatan dengannya. Bukannya sokong bila dah menang. Bila dah up, semua mengaku sokong, bila jatuh, lagi rela tonton Tahajjud Cinta.


Tetapi, selepas beberapa ketika, Johor FC didapati lebih banyak beraksi dengan jersi hijau dan jersi oren walaupun bermain di laman sendiri. Jersi tuan rumah ala "Barcelona"? Pergi mati.


Pertukaran jurulatih pun sedikit meragukan aku. Ramlan Rashid lagi mempunyai gaya permainan yang menarik, cun, dan kejayaan beliau bukan sedikit. Tapi, dia ditukarkan dengan 'The Professor Azuan Zain' kerana kejatuhan mendadak di persaingan liga pusingan pertama dengan menduduki tangga ke-11. Tahap mana The Professornya, aku tengah cari ni. Azuan Zain, bekas jurulatih Johor FA.

Menyambut hari lahir sambil diraikan pemain Johor FC. Rokok di tangan membuktikan kejantanan ketika bergambar.

Walau begitu, dia telah menyelamatkan Johor FC dari tersingkir ke Liga Perdana. Liga yang dah tak meriah sejak Selangor naik ke Liga Super semula. Dulu masa Selangor di Liga Perdana, penuh surat khabar cerita Selangor, Bambang pergi pasar malam, Elie Aiboy makan durian. Agaknya kalau Selangor kat Liga FAM pun, Astro Arena ambik game diorang sebagai 'Super Sabtu'.

Ok. Maaf ke laut pulak. Berbalik ke isu asal. Aku rasa, macam ada pertukaran posisi, ataupun pertukaran sistem pengurusan di pihak atasan yang tidak diwar-warkan kepada umum. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara Johor FA dan Johor FC membabitkan pihak kerajaan negeri Johor sekali.

Ni andaian aku sahaja. Aku tak tahu betul atau tidak. Kalau betul, betullah. Kalau salah, yang sebenarnya memang Johor FC tengah jatuh. Itu sahaja.

Sementara itu, di sisi tepi hati aku, ada berdetik, kemungkinan Johor FC sengaja singkir awal kerana tidak mahu melayan karenah mengarut yang dianjurkan FAM dalam Piala Malaysia edisi kali ini.

1) Format liga peringkat kumpulan sentiasa bertukar dari satu edisi ke edisi lain.

-Pernah semua pasukan negeri, PDRM dan ATM layak automatik, sementara status kelab terpaksa bersaing untuk dapatkan baki dua tempat dalam Piala Malaysia.

-Pernah sistem kumpulan dipecahkan kepada tiga, Juara dan Naib Juara setiap kumpulan layak automatik ke suku akhir, sementara untuk lagi dua tempat ditentukan dengan dua tempat ketiga yang terbaik dari tiga kumpulan.

2) Waktu perlawanan yang pelik. Hari Isnin dan Jumaat? Sungguh tak masuk akal.

3) Harga tiket untuk pusingan kalah mati dinaikkan. Mahu menjadikan bola sepak sebagai perniagaan bukan begini caranya bradah! Ikut Eropah sana baru betul.

4) Sultan Ahmad Shah atau lebih selesa dengan gelaran Sultan Bola masih kekal menerajui tampuk kepimpinan FAM dan cemerlang mengemudi bola sepak Malaysia dengan jayanya sehingga dikagumi FA England.

Lagenda dan gagah. Persis si pemencak silat.


5) Tambah sendiri.


--Manis madunya, bisa sengatannya---



Nickname : Sipot
Blog : http://sipotsitukangtulis.blogspot.com/
10

Previu BPL minggu 8 Oleh Ahmad Haziq

Abdul Sokernet Wednesday, October 12, 2011 ,
Salam 3-2 buat penyokong ________ .

Hari ni aku nak buat previu game BPL pada minggu 8 buat penyokong fanataik BPL yang xingt negara sendiri(apa pon xboleh!!!)

LIVERPOOL FC lawan MANCHESTER UNITED

Aku syak ramai penyokong yang bersandarkan pada sejarah dan penyokong setan menunggu game ni dengan rakusnya. Seperti mana kita tahu team setan ni sentiasa bodoh kalo main dekat stadium Anfish. Tetapi,perlu diingatkan kadang2 kelab sandarkan sejarah ini juga bersikap sambil lewa dan memandang remeh kt pasukan lain sehingga memakan diri(padan muka!!). Bintang bagi Kelab sejarah untuk perlawanan ini sudah pastinya Luis 'arnab' Suarez xkan nak harapkan Andy 'konek' carrol kut?? bagi kelab setan bintang mereka ialah rudeboy rooney yang membuat aksi bangang semasa england menentang montelnigga.

Ramalan aku : Kelab bersandarkan sejarah 2-3 Kelab Setan


MANCHESTER CITY lawan ASTON VILLA

Seperti mana kita tau, pasukan bangkai dan bangsat yang hanya tau mengeluarkan duit untuk mencapai cita2 haram dia iaitu manchester shitty pastinya mempunyai kelebihan di tempat sendiri. Tapi,perlu diingatkan pasukan Aston Martin ni belum lagi kalah dalam kata orang putin UNBEATEN(walaopon menang ciput je iaitu 2 dalam liga buat masani) bintang bagi man shitty utk perlawanan ni aku rasa Mario Baruatelli..Kum-kum aguero?? mamat ni cedera der..jangan tnye soalan bodoh..bagi kelab Aston Martin bintang mereka ialah sama ada Abonlahap ataupon darren bend.

Ramalan bangsat aku: Man Shitty 3-1 Aston Martin


CHELSEA lawan EVERTON

Sejak diambil alih oleh Andrea Villa Buas(buas la sangat) pasukan yang dikenali sebagai chelscum atau chelshit ini menunjukkan kepoweran dia.. pasukan ni hadir sebagai pasukan pilihan untuk mengalahkan kelab yg xberbelanja iaitu Everton maklumla da menang 5-0 lawan botol suka la kau!!puihh!!..Namun pasukan Everton ini juga pasukan yang suka buat kejutan terhadap Big Four. Selepas kad merah Rodwell ditarik balik, dia bole main menentang chelshit. Dan ingtla kata2 aku jaga2 pemain chelshit drpd diterjah rodwell!!muahaha.Bintang untuk Chelshit minggu ni ialah Lampard. Kuda tua ni mahu sumbat skor sebanyak yang mungkin supaya xnak panaskan bontot dia kt bangku simpanan. Bagi Everton pemain bintang mereka ialah Tim ‘super header’ Cahill. Malas aku nak ulas lagi pasal mamat ni sbb dia mmg gila tanduk!!

Ramalan aku: Chelshit 1-2 Everton


ARSENAL lawan SUNDERLAND

Ya perlawnan ini melibatkan daripada terjerlus ke tangga penyingkiran . Kelab tadika Arsenal pastinya mahu menang selepas kalah kepada kelab Ayam. Sundalland juga mahu menang lagi2 steve bruce yang xnak dipecat. Pemain bintang bagi Kelab tadika ini pastinya robin teksi persie.. Setelah pasukan kewargeneraannya iaiatu Belanda tewas kepada Sweden, kapten pasukan tadika ini pastinya mahu membalas dendam kepada Larsson(pemain sundalland) yang merupakan pilihan aku sebagai bintang sundalland

Ramalan aku: Kelab tadika 1-1 Sundalland

WIGAN ATHLETIC lawan BOLTON WANDERERS

Satu lagi perlawanan daripada terjerumus ke tangga penyingkiran. Tak perlu la aku ulas panjang perlawnan ni.bukannya korang sokong pon team ni..ye dok??Bintang bagi aku untuk pasukan Wigan ialah Franco Di Santo. Pemain yg mempunyai tahi lalat di pipi ni sudah menyumbat 3 gol untuk Wigan. Bagi Bolton bintang mereka adalah Kevin Davies. Ye kapten ni memang agak sial selalu menerjah pemain lain dengan bangsatnya.

Ramalan aku: Wigan 2-0 Bolton

QUEENS PARK RANGERS lawan BLACKBURN ROVERS

Pasukan kepunyaan taikotai Air Asia iaitu Tony Fernandez ini mengalami kekalahan memalukan kepada Fulham 2 minggu lepas. Tapi mereka akan menentang pasukan hitambakar kepunyaan orang india yang bodoh nak mampos xnak memecat Steve Kean tu. Apa special sangat Kean tu pon aku xtau.Cam Sial. Bintang bagi QPR sudah tentu ialah Joey Barton. Kapten yang selalu cakap besar ni pasti akan cuba untuk membuang pemain HitamBakar nti. Bagi pasukan HitamBakar, ntahla aku pon xtau sapa bintang dorang, mungkin Yak kut.

Ramalan aku : QPR 3-2 HitamBakar


STOKE CITY lawan FULHAM

Pasukan yang layak untuk bermain basketball ni pastinya mempunyai kelebihan mereka sendiri iaitu :
1)lontaran jauh drpd Lori Delap
2)Pemain yg macamn hantu galah

Tapi Fulham pon bukan calang2 pasukan, lagi2 apabila mereka merodok QPR 6-0. Bintang pilihan untuk Stoke ialah Lori Delap. Kerja mamat ni hanyalah membaling bola sejauh yang bole(kalo bole sampai gawang) dan bagi Fulham bintang mereka ialah BoBoiBoi Zamora.

Ramalan mak cik aku : Pasukan galah : 2-2 Fulham


NEWCASTLE UNITED lawan TOTTENHAM HotsModric

Newcastle juga salah satu drpd 4 pasukan yang masih belum kalah(makan apa dorang ni?) . Bos mereka iaitu Alan Pardew menerapkan pemain2 perancis dalam skuad utama Newcastle. Jadah dia main kt England tp banyak pakai pemain Perancis. Bagi pasukan Ayam iaitu Tottenham, semuanya hanyalah pasal Modric,modric dan modric..puihh Bintang bagi pasukan Newcastle ialah Yohan Cibaye. Pemain ini meningkat sejak membuat perpindahan daripada Lille. Sapakah pemain bintang Spurs??salah bukan Modric tetapi adalah Gareth Bale. Pemain yang ada pertalian darah ngan moyet ni menyumbat gol semasa mewakili Wales.

Ramalan aku: Newcastle 1-2 Spurs


WEST BROM lawan WOLVES

West Brom ngan Wolves adalah pasukan yang membosankan buat aku. Jangan tanya aku kenapa!! Lu pikirla sendiri. Bintang bagi West Brom ialah Peter Odamnwangi. Dengan stail rambut yg baru, pemain ni juga pasti akan ada azam yang baru. Bagi pasukan Wolves bintang mereka ialah Matt Jarvis. Yang aku tahu mamat ni pandai dribble

Ramalan aku:West Brom 0-0 Wolves


NORWICH CITY lawan SWANSEA CITY

Kita patut tengok game ni. Pasti akan ada gol punye. Namun kelebihan pasti terdapat pada pasukan Norwich yang hampir mengejutkan pasukan setan namun gagal untuk sumbat gol(BODOH nak mampos).Bagi Swansea mereka belum mengutip 1 mata di tempat pihak lawan. Bintang bagi Norwich ialah Andy Pilkington. Walaopon mamat ni bangang yang amat xbole skor one on one masa lawan kelab setan, namun naluri gua mengatakan mamat ni akan sumbat paling busuk pon 1 gol. Bagi Swansea bintang mereka adalah Danny Graham. Selepas membukak akaun dia menentang Stoke, mamat ni pasti ada azam yang baru untuk sumbat gol lagi dan lagi dan lagi.

Ramalan nenek tiri aku: Norwich 4-2 Norwich


Sekian sahaja ulasan aku.

Akhirkata daripada aku: MOHON SULTAN BOLA LEPASKAN JAWATAN DIA!!!

Yang Benar,
Ahmad Haziq,
Blog??g mati!!

Ulasan Abang Abdul:
Ejaan bersepah macam budak lepak depan Maybank Bukit Bintang. Penuh dengan terma-terma yang "oklah dia punya kelakar, kalau masuk Raja Lawak, minggu pertama dah keluar.." paling abang pantang sebenarnya penggunaan huruf besar dan kecik yang macam celaka. Cikgu BM lu dulu mampos awal ek?

Tapi sebab dia bersemangat tulis panjang-panjang, abang siarkan je lah.
8

Denis Law, Adebayor dan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Oleh Ahmrizal Ahmad

Abdul Sokernet Tuesday, October 11, 2011
Saper Denis Law? Bukan sekadar pakcik tua Scottish yang boleh korang abaikan. Dia nih salah sorang lagenda Manchester United yang super legend di belakang Bobby Charlton. Apa pasal? He scored the second most goal in all competitive matches after Bobby Charlton. Pendek kata total dia score masa main ngan Manchester United adalah 237 dan Bobby Charlton 249. Torres plak hanya 2 gol setakat ini bersama Chelsea. Nampak beza? Torres tetap bangang. Sama ngan Carroll. Liverpool sibuk kutuk Torres tak score masa main ngan Chelsea tapi dia orang nih tak sedar diorang pun ada Carroll pembelian mahal yang bangang. Macam beli sampah. Aik? Aku teremosi plak citer hal diorang nih. Yang aku nak citer skang nih the only Denis Law!


Tahukah korang yang Manchester United juga pernah melalui zaman kegelapan? Sama dengan Arsenal skang nih? Ya..pada tahun 1974 masa tuh di bawah pengurusan Tommy Docherty juga pengurus berbangsa Scotland senegara Pak Alex skang nih. Liga Inggeris masih digelar First Division dan pada season tersebut Manchester United telah terhumban ke Division Two.

Ini lah yang dinamakan 'hidup ni kekadang diatas kekadang dibawah, kekadang dok bawah lagiiii sedappppp boleh rilek sket' dan itulah yang berlaku pada Manchester United pada season 1974.

Pada perlawanan terakhir yang menentukan samada Manchester United tersingkir atau tidak, Manchester United telah bertemu Manchester City pada 27 April 1974 di Old Trafford. Manchester United hanya perlu seri untuk kekal di First Division. This is the most remembered derby pertemuan antara kedua-dua manchester. Ketika ini Denis Law telah pun mewakili Manchester City tanpa Tevez yang ketika itu masih lagi mengganggu mak dia di dapur kan dah terkena minyak panas kat leher. Kecederaan lutut yang membelenggu akal fikiran Denis Law dan menyebabkan hampir keseluruhan season dia tak main sebelum tuh. Ini sama kes ngan Owen Hagreaves. Bezanya dia tak salahkan team medical MU. Dasar tak diuntung!. So Tommy Docherty memberikan Denis Law free transfer pada July 1973 after 11 years bersama Manchester United. Dia pun kembali lah menyertai kelab lama dia iaitu Manchester City yang pernah diwalkili beliau pada 1960-1961. This is reality about professional football. Injury is the most shit problem that will stab your professional carrier!

Berbalik kepada perlawanan penentuan tersebut, Denis Law secara tak sengaja telah termenjaringkan gol dengan backheelnya menewaskan keeper Manchester United time tuh, Alex Stapheny pada minit ke-81. Terkasima. Terkejut. Termangu-mangu. Sebabnya? Dia rasa shit sangat sebab dengan gol tersebut dia telah menyingkirkan bekas kelabnya ke Division Two.


"I was inconsolable. I didn’t want it to happen. How long did the feeling last? How long ago was the game? Thirty-odd years. There is your answer.

The subject always crops up. It’s one of those things. It’s always there and I am always remembered for it. That’s a shame." komen beliau.

This is what we called true heroes! Loyalty! Jiwa dia hanya dengan Manchester United. Bukan seperti Adebayor yang membuat aksi gampang didepan penyokong Arsenal selepas dia score untuk Man City. Denis Law langsung tidak meraikan jaringan tersebut sebaliknya tertunduk insaf dan terpaksa ditenteramkan oleh rakan-rakannya City nya. Yang paling takbur time tu adalah defender Manchester City, Mike Doyle yang meraikan jaringan tersebut dan berkali-kali mengucapkan tahniah pada Denis Law. Super menganjing.

Tahukah korang selepas gol tersebut Denis Law terpaksa dikeluarkan sebab dia dah takleh main dah. What can i say only Manchester United in the heart of Denis Law. Dia sama ngan Gary Neville. Seorang yang membenci Liverpool sampai mati and true ahli neraka Old Trafford.


Apa yang berlaku lepas tuh?

Manchester City hanya menduduki tempat ke-8 pada season tersebut. Shitty always bangkai.
Walaupun Manchester United turun liga, ia merupakan turning-point yang cukup baik. Sebabnya? Kebanyakan player dah insaf dan bermain lebih bersungguh-sungguh dan hasilnya? Manchester United menjuarai Divisyen Two dan jugak memenangi FA Cup pada 1977.

Pada 23 Feb 2002, statue of Denis Law telah dibangunkan kat Old Trafford di bahagian yang dikenali sebagai Stretford End. Statue ini dikenali sebagai 'United Trinity' bersama-sama dengan lagenda Manchester United yang lain iaitu Bobby Charlton dan jugak George Best.

United Trinity kat Old Trafford


United Trinity versi manusia Denis Law, Charlton and late George Best

25 Nov 2005, Denis Law jugaklah yang berada kat sebelah katil George Best yang mati sebab organ gagal fungsi. But satu lagi perkara yang best ialah legend Arsenal, Dennis Bergkamp yang jugak merupakan peminat Manchester United tapi sampai ke pencen tak dapat main ngan Manchester United telah menamakan anak dia 'Law' sempena nama Denis Law. Moga-moga takde antara kita yang menamakan anak korang Abdul Adebayor. Sungguh geli.
Cheers Legend!
12

Pencinta Sejarah V Syaitan Merah (15 okt) Oleh Kimi Kardashian

Mukadimah oleh Abang.

Abang dapat emel dari Si Kimi ni, berbunyi begini:

"Salam

Cuma nak tanya,
Korang pengulas ramai,
tapi apasal entry tak banyak?
cerr bak sini Password dgn login id.
aku pon boleh buat entry jugak.
boleh aku taruh sama Abdul Sokernet tuh."

Lepas tu abang suruhlah dia hantar entry dekat Sokernettamu, dan artikel kat bawah ni yang dihantarnya. Nak rejek, kesian, lagipun dia ni penyokong Liverpool.

Satu je abang nak cakap, "Nak mintak Password dengan login Id, lepas tu nak tulis benda macam ni? Meh sini abang lukis konek kat dahi tu.."

***************************************************************************************
Pencinta Sejarah V Syaitan Merah (15 okt)

menjelang pertemuan antara Pencinta sejarah dan team syaitan merah.

pasti akan menjanjikan keseronokan kepada penyokong kedua2 pihak.

Sebagai rakyat melaysiayang memang cintakan sejarah, kita tak payah sokong team tempatan.
macam aku, player tempatan yang aku kenal cuma syafiq rahim.

tapi menyahut seruan PM, kita sokong team yang cintakan sejarah. barulah rakyat malaysia sejati.

tapi yang aku heran, kat negara kita ni, ramai yang sokong team SYAITAN!!bukan setakat syaitan, SYAITOON MERAH lagi.

Kenapa la ramai yang sokong team syaitan Merah tu? aku pon tak tau.

mcm aku, bila tgk bola, aku suka sbb perasaan teruja atau excitement tu yang penting. perasaan bedebar2 bila masa nk abih dah tapi ketinggalan lagi atau tak skor lagi.

kalo sokong team syaiton tu, tau2 dah tak dak keterujaan, kalo ketinggalan pon, jgn risau, ref akan bagi masa tambahan saaaampai la depa menang. apatah lagi kalo Howard WEBB atau mark kletenberg.

Insaf2 lah wahai penyokong syaiton merah.


korang percaya tak kalo aku cakap menjadi Penyokong Syaiton Merah akan menyebabkan rumahtangga tak bahagia?

kalo nk rumahtangga bahagia, berenti sokong Syaiton Merah. Betul!!

Tak caya? cuba tgk Abang MAHER ZAIN kita, untuk menjadikan keluarga bahagia, dia turunkan poster Syaiton merah dan ganti dgn poster lain.

rujuk saat ke 0.41. dan tepat2 saat 1.00. dari video klip lagu nih.

http://www.youtube.com/watch?v=PHbZ9SXHJwA&feature=share


takkan dgn abang maher zain pon anda tak caya?

jadi, renti2kanla sokong team Harom tuh.

dan biarkanlah ia menjadi sejarahhh.

kalo mencarut2 lukis gambaq K****k lagila maher zain marah apa.

KIMI SHAARI
Bukan Kimi Kardashian
http://bicaramanis.blogspot.com