ANDA SEDANG MEMBACA

8

Denis Law, Adebayor dan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Oleh Ahmrizal Ahmad

Abdul Sokernet Tuesday, October 11, 2011
Saper Denis Law? Bukan sekadar pakcik tua Scottish yang boleh korang abaikan. Dia nih salah sorang lagenda Manchester United yang super legend di belakang Bobby Charlton. Apa pasal? He scored the second most goal in all competitive matches after Bobby Charlton. Pendek kata total dia score masa main ngan Manchester United adalah 237 dan Bobby Charlton 249. Torres plak hanya 2 gol setakat ini bersama Chelsea. Nampak beza? Torres tetap bangang. Sama ngan Carroll. Liverpool sibuk kutuk Torres tak score masa main ngan Chelsea tapi dia orang nih tak sedar diorang pun ada Carroll pembelian mahal yang bangang. Macam beli sampah. Aik? Aku teremosi plak citer hal diorang nih. Yang aku nak citer skang nih the only Denis Law!


Tahukah korang yang Manchester United juga pernah melalui zaman kegelapan? Sama dengan Arsenal skang nih? Ya..pada tahun 1974 masa tuh di bawah pengurusan Tommy Docherty juga pengurus berbangsa Scotland senegara Pak Alex skang nih. Liga Inggeris masih digelar First Division dan pada season tersebut Manchester United telah terhumban ke Division Two.

Ini lah yang dinamakan 'hidup ni kekadang diatas kekadang dibawah, kekadang dok bawah lagiiii sedappppp boleh rilek sket' dan itulah yang berlaku pada Manchester United pada season 1974.

Pada perlawanan terakhir yang menentukan samada Manchester United tersingkir atau tidak, Manchester United telah bertemu Manchester City pada 27 April 1974 di Old Trafford. Manchester United hanya perlu seri untuk kekal di First Division. This is the most remembered derby pertemuan antara kedua-dua manchester. Ketika ini Denis Law telah pun mewakili Manchester City tanpa Tevez yang ketika itu masih lagi mengganggu mak dia di dapur kan dah terkena minyak panas kat leher. Kecederaan lutut yang membelenggu akal fikiran Denis Law dan menyebabkan hampir keseluruhan season dia tak main sebelum tuh. Ini sama kes ngan Owen Hagreaves. Bezanya dia tak salahkan team medical MU. Dasar tak diuntung!. So Tommy Docherty memberikan Denis Law free transfer pada July 1973 after 11 years bersama Manchester United. Dia pun kembali lah menyertai kelab lama dia iaitu Manchester City yang pernah diwalkili beliau pada 1960-1961. This is reality about professional football. Injury is the most shit problem that will stab your professional carrier!

Berbalik kepada perlawanan penentuan tersebut, Denis Law secara tak sengaja telah termenjaringkan gol dengan backheelnya menewaskan keeper Manchester United time tuh, Alex Stapheny pada minit ke-81. Terkasima. Terkejut. Termangu-mangu. Sebabnya? Dia rasa shit sangat sebab dengan gol tersebut dia telah menyingkirkan bekas kelabnya ke Division Two.


"I was inconsolable. I didn’t want it to happen. How long did the feeling last? How long ago was the game? Thirty-odd years. There is your answer.

The subject always crops up. It’s one of those things. It’s always there and I am always remembered for it. That’s a shame." komen beliau.

This is what we called true heroes! Loyalty! Jiwa dia hanya dengan Manchester United. Bukan seperti Adebayor yang membuat aksi gampang didepan penyokong Arsenal selepas dia score untuk Man City. Denis Law langsung tidak meraikan jaringan tersebut sebaliknya tertunduk insaf dan terpaksa ditenteramkan oleh rakan-rakannya City nya. Yang paling takbur time tu adalah defender Manchester City, Mike Doyle yang meraikan jaringan tersebut dan berkali-kali mengucapkan tahniah pada Denis Law. Super menganjing.

Tahukah korang selepas gol tersebut Denis Law terpaksa dikeluarkan sebab dia dah takleh main dah. What can i say only Manchester United in the heart of Denis Law. Dia sama ngan Gary Neville. Seorang yang membenci Liverpool sampai mati and true ahli neraka Old Trafford.


Apa yang berlaku lepas tuh?

Manchester City hanya menduduki tempat ke-8 pada season tersebut. Shitty always bangkai.
Walaupun Manchester United turun liga, ia merupakan turning-point yang cukup baik. Sebabnya? Kebanyakan player dah insaf dan bermain lebih bersungguh-sungguh dan hasilnya? Manchester United menjuarai Divisyen Two dan jugak memenangi FA Cup pada 1977.

Pada 23 Feb 2002, statue of Denis Law telah dibangunkan kat Old Trafford di bahagian yang dikenali sebagai Stretford End. Statue ini dikenali sebagai 'United Trinity' bersama-sama dengan lagenda Manchester United yang lain iaitu Bobby Charlton dan jugak George Best.

United Trinity kat Old Trafford


United Trinity versi manusia Denis Law, Charlton and late George Best

25 Nov 2005, Denis Law jugaklah yang berada kat sebelah katil George Best yang mati sebab organ gagal fungsi. But satu lagi perkara yang best ialah legend Arsenal, Dennis Bergkamp yang jugak merupakan peminat Manchester United tapi sampai ke pencen tak dapat main ngan Manchester United telah menamakan anak dia 'Law' sempena nama Denis Law. Moga-moga takde antara kita yang menamakan anak korang Abdul Adebayor. Sungguh geli.
Cheers Legend!

8 comments:

hantuLongkang said...

statue abdul sokernet bila pulak nak pacak?...dia punya perangai pun sama petola dengan gary neville...sangat sayangkan MU...mencarut pun style MU...pendek kata, abdul is MU, MU is abdul, dua2 cakap tak boleh pakai :D

Azfar Ridhwan said...

Terharu tau Denis Law tepi katil waktu George Best tengah nazak. Tak tau la Sir Bobby Charlton camne coz dulu dia bergaduh dengan Best..

aku rasa artikel ni paling ilmiah antara semua dalam sokernet tamu ni. bagus. keep it up. tak perlu baca lagi bende2 merepek or artikel syok sendiri. Abdul Sokernet sila filter accordingly!

Ajiz Nasution said...

Kes Dennis Law ni seakan akan kes William Gallas.. WG tidak diturunkan apabila Spurs bertemu Arsenal, sebulan selepas beliau dijual ke Spurs kerana beliau dilaporkan masih setia pada the gunners.

Tapi akibatnya, karier beliau di Spurs byk dihabiskan dgn memanaskan bangku simpanan.. Owner kelab zaman skrg tidak appreciate orang seperti beliau mahupun Dennis Law.

Ozgur Cek said...

berinformasi...
Abdul Adebayor memang la geli, ce bubuh Ahmad Adebayor, ok gak..kah3

keli said...

Gua buat kesimpulan main redah je iaitu tahap true player MU adalah sejauh mana player tersebut benci liverpool. Gary Neville, Denis Law lepas ni gua agak player MU nak jadi legend dan true bencilah liverpool sepenuh hati. Hebat liverpool ni. Wahaha...betol punya senang dan hebat jugak gua merapu.

Btw jangan rumahtangga tak bahagia sudah. :D

3rdfrom9 said...

Denis Law mula main dengan Huddersfield Town itu hang tertinggai dan Bill Shankly yang sign kontrak Denis Law masa tue. Tak percaya check wiki Denis Law dengan wiki Shankly.
Masa Shankly pi Liverpool dia nk beli Denis tapi Liverpool tak ada duit masa tue. Dalam buku Shankly-My Story cerita pasai Bobby Charlton tak dak pon minta maap yang ada Jack Charlton masa tue dia main dengan Leed.

Kid said...

sayu la plak aku bace entri ni

Dennis "The Flying Dutchman" Bergkamp said...

" Dennis Bergkamp yang jugak merupakan peminat Manchester United tapi sampai ke pencen tak dapat main ngan Manchester United telah menamakan anak dia 'Law' sempena nama Denis Law."

--- 10 May 1969 ..Mr dan Mrs Bergkamp namakn anak lelaki diorg yang baru lahir sebagai "Dennis" Sempena nama legend Denis Law ... Dennis instead of Denis sebab tak nak confuse dgn girly dutch name "Denise" .. hence 2 "N" in his name instead of 1

sekian