ANDA SEDANG MEMBACA

9

Ada apa dengan Sejarah Oleh Najmi Hayat

Abdul Sokernet Wednesday, September 14, 2011 ,


Bercerita pasal sejarah ni, kalau dalam bolasepak, Liverpool FC dianggap pakar. Gua takde hal sangat dengan sejarah ni sebenarnya. Yang gua ada hal sangat dengan orang yang bercerita pasal sejarah. Macam la dia tu hidup di zaman tu nak cerita lebih lebih pulak. Gua fans tegar Manchester United. Jangan tanya gua kenapa gua sokong Manchester United. Gua tak pernah bangga dengan sejarah Manchester United dizaman Sir Bobby Charlton, George Best, Duncan Edwards, Denis Law dan banyak lagi sebab gua tak hidup zaman tu. Mak gua pun masih dara dizaman tu.

This is our season!



Manchester menang piala banyak mana pun gua tak berapa kesah sangat. Tapi tak macam penyokong Liverpool. Mereka dok bangga sangat dengan rekod 18 League Tittle tu sampai la Manchester potong hujung season lepas. Baru dok senyap sikit. La ni bising dengan 5 UCL deepa tu. Yang kau, umur baru 20 tahun sempat tengok Liverpool angkat UCL pun baru berapa kali? Sekali tahun 2005 tu? Takyah nak gebang sangat la. Last Liverpool menang domestic league tahun bila? 1989/1990? Berapa zaman dah tu?


Bila nak julang Barclays Premier League?


Macam sekarang ni la, gua agak jeles dengan pakcik-pakcik kat tempat gua. Diorang sempat tengok kehebatan Mokhtar Dahari dulu. Aku tak sempat. Yang aku boleh tengok kat youtube je. Agak terkilan sebenarnya tapi takpe. Gua tetap sokong Malaysia football team sebab at least nanti bila gua dah pangkat atuk-atuk, gua boleh cerita Safee Sali pergi trial dengan Cardiff City. Gua boleh cerita macam mana keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil bila Malaysia lawan Indonesia final AFF. Sebab gua hidup zaman ni. Gua saksikan sendiri betapa hebatnya Matyo gelecek dua tiga orang player Indonesia. Fuhh! Hebat Malaysia.

I was alive when this happen.


Muka tahan berak?


Bila nak bukak francais kat Malaysia?



Gua boleh cerita kat anak gua nanti yang duk sokong Manchester City (gua tak kesah, janji dia bahagia) betapa hebatnya Manchester United kalahkan Arsenal 8-2 sebab gua tengok game tu live. Gua dapat rasakan bagaimana rasanya tumbukan padu ke udara oleh Wayne Rooney. Gua boleh cerita kat anak gua macam mana muka Arsene Wenger tahan berak ketika David De Gea menepis sepakan penalti Robin Fuckin' Persie.


Bila budak Liverpool bukak sejarah diorang menang UCL LIMA kali, gua tanya diorang balik, lu tengok Gerrad angkat baru sekali. Yang lagi EMPAT tu lu tengok? Lu takyah bangga la dengan sejarah lu. Tunku Abdul Rahman laung merdeka pun gua tak tengok live. So, gua tak feel la merdeka macam mana sebab gua tak hidup zaman tu. Entah betul entah tidak kita merdeka. Gua pun tak tau.

Mereka, eh silap. Merdeka!



p/s : Gua juga saksi Wayne Rooney hat-trick ikut alphabet. A- Arsenal, B- Bolton, C-Chelsea?


Ulasan Abdul: Kalau gua cikgu Bahasa Melayu, gua bagi karangan ni D. Kalaulah betul lu saksi hidup hatrik tu, lu patut pengalaman hidup lu. Takpe, cuba lagi.

9 comments:

rashideeshukri said...

"Kalaulah betul lu saksi hidup hatrik tu, lu patut pengalaman hidup lu. Takpe, cuba lagi."

- amenda ni Abdul?

Farid said...

Wahhh. Tegarnya menyokong Manchester!! Mestilah kena anti Liverpool, ye dak?

Abdul Sokernet said...

Rashidee, meh sini abang terangkan.

Kalau betul dia saksi hidup ke-3 (2 sebenarnya) patut dia ulas pengalaman menerujakan dia tu.

Ini gua assume dia tengok live dekat stadium la. Kalau dia tengok kat tv, mak dia hitam.

awal said...

tulisan mula2 arial lepas tu times new roman..woi kaw plagiat penulisan orang ape..blah la...

Anonymous said...

orang takde sejarah baik mati.

keli said...

Another scumbag typical MU fans. Takde ape yang baru artikel macam ni selain daripada fan MU macam mamat ni tak habis2 nak tarbiyahkan fan liverpool supaya tak ungkitkan sejarah. Nasihat gua STFU. I only see you really love to hate liverpool more than you love your own club.

zu said...

ntahnya.
kalau macam tu, lu jangan cerita la pasal manu menang liga sampai 19 kali, menang CL sampai 3 kali atau menang FA sampai 88 kali.
lu cerita pasal piala yang manu menang masa lu tengah hidup je la.

hantuLongkang said...

tapi aku bangga dengan moyang aku yang dapat belasah penyamun 1 lawan 30 masa dia bersiap2 nak pergi berak kat sungai berhampiran, 107 tahun dulu...masa tu mak aku bukan takat zaman dara, wujud pun belum lagi...

1 lawan 30 tu bro...dia cuma ada cebok je kat tangan masa tu..lawan sambil tahan berak pulak tu...

kalu aku bangga, takkan ko tanak bangga dengan moyang aku...ke ko penyamun yang moyang aku belasah tu?

:D

Ajiz Nasution said...

Artikel berunsur hatred mengundang komen hatred!

Nasib ekau la jang.