ANDA SEDANG MEMBACA

4

Ulasan pembelian pemain Chelsea oleh Muhammad Amri

Abdul Sokernet Tuesday, September 13, 2011 ,
Dikaji dan dinilai oleh gua secara jujur sebagai peminat kelab berkenaan. Lupakan kisah $50m seketika dan teruskan menghadapi hari-hari yang mendatang.

Pemain keluar :-
Yossi Benayoun - arsenal
yuri zhirkov - anzhi

ulasan :-
Benayoun dikeluarkan daripada squad chelsea pada saat-saat akhir pemindahan pemain kerana andre villas-boas (AVB) telah berjaya mendapatkan khidmat Juan Mata. Habis madu sepah dibuang, setelah dibuang, arsenal kutip. Yuri blah pergi anzhi.


Pemain masuk :-
Raul Meireles - liverpool
Juan Mata - Velencia
Romelu Lukaku - Anderlecht
Oriol Romeu - Barcelona
Thibaut Courtois - Genk
Ulises Davila - Chivas

Ulasan:-
Pada jangkaan awal gua, pembelian Meireles adalah pembelian "tangkap muat" setelah gagal untuk mendapatkan Luka modric, tetapi ternyata gua silap kerana Meireles merupakan bekas pemain kendalian AVB semasa beliau di Porto. Hanya jauhari mengenal manikam. Pada perlawanan chelsea menentang Sunderland, Meireles di turunkan selaku Kesebelasan utama dan bertindak sebagai Anchorman dengan jayanya.

Dari awal lagi gua percaya yang Mata adalah pemain yang di cari chelsea selama ini. Berkebolehan untuk mengawal bola dan "through ball" kepada striker amatlah digeruni. Bak kata pepatah "apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air"

Pemain seperti Lukaku, Romeu, Thibaut, Davila adalah pemain muda yang berkebolehan dan akan dibimbing AVB bukan untuk menjadi seperti peribahasa moden "anak ikan" tetapi untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Bak kata cikgu BM gua dulu "Kalau mahu meluntur buluh, biarlah dari rebungnya"

p/s-
Buah cempedak di luar pagar,
Amik galah tolong jolokan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong panggil awek sorang jolok dan tunjukkan.

Ulasan Abdul:
Hurup besar hurup kecil berterabur. Lepas noktah, takde pulak sengkang. Gua lempang sesia je mamat ni. Kalau buat lagi, memang gua tak bagi chance, gua delete terus je pasni.

4 comments:

Lucius Maximus said...

Kahkahkah, ni hantar untuk temuduga jadi pengulas kem Chelsea ke apa?

Jo Hey said...

waktu torres gi chelsea gua tak rasa ralat tp bila mmeireles gi chelsea gua rasa..pilu!
utk meireles slmt berjaya di kota london! :)

Amri said...

sorry la bro tulisan berterabur, tulis pkai notepad. word blom donlod. haha, harap tunjuk ajar

Ajiz Nasution said...

"waktu torres gi chelsea gua tak rasa ralat "

Nak ralat jadah apa nya kalau masa kena jual tu mamat ni tgh flop.. Kemarau gol datang dgn pakej masalah hamstring.. Patutnya kami, CFC supporters yg patut ralat.