ANDA SEDANG MEMBACA

4

Kenapa? Oleh Haniff Nazimuddin

Abdul Sokernet Tuesday, October 11, 2011
Kenapa?

aku tak ada blog, tapi aku ada pelbagai perkara yang bermain difikiran aku bila aku baca sokernet, baca komen2 pembaca sokernet, dan baca surat khabar kita utusan, nst, star , harakah dan sebagainya.

aku lahir pada tahun 1984, dan aku kawan 1 kelas ngan Jannah, pengulas sokernet yang kat sabah tu. tak caya tanya Jannah. aku stat kenal apa maksud P, M K J n sebagainya melalui member skolah, time tu aku darjah 2. Time tu liga M, n sebagai budak yang duk KL yg mak paknya kampung kat Perak n Sarawak, tu la negeri2 yg jadi sokongan aku. Tau pasal result suma bila baca paper Utusan (nasib la Harakah xde sports session)

so cukup pasal aku. kenapa perkara-perkara di bawah bermain difikiran aku

1. Kenapa masa aku kecik dulu, aku tak brapa tau pasal EPL? aku stat kenal EPL pun time aku darjah 5, pun member2 gak introduce. time tu Blackburn ngan Manchester United power, sori le terpaksa aku ngaku aku sokong MU. TU pun aku tanya member aku, sapa patut aku sokong. Biasa la budak2 lagi. Time tu aku tau sapa tu Sapian Wahid, Mazlan Wahid. aku percaya korang ada gak main bola tekan guna team Kedah, Sarawak dan sebagainya. Korang hapal player2 negeri2 tu. Kenapa time budak2 hapal player tapi skang? aku pun x hapal! Kenapa time tu Utusan NST Star Harakah xde sangat tumpuan kat EPL La liga dan sebagainya? adakah time tu D**hil bayar paper2 tu? dan kenapa skang paper2 kita,Star, Sun terutamanya sikit sangat ruangan untuk Sukan tempatan, bola atau apa sahaja janji ada orang Malaysia. Sun toksah cakap la...cam gampang. Malaysia menang AFF aritu pun dia tunjuk skit je...lancau punya paper.

2. Kenapa media kita x abis2 agungkan orang luar ?(read : negara2 mat saleh cam UK Eropah?) Nak majukan bola gi UK, nak power lari berlatih kat UK. Apa jadi ngan budak2 yang tiap2 taun grad Sains Sukan dari Uni2 kita? kenapa digunakan sepenuhnya untuk majukan sukan kita. dan aku amat heran, UK power apa sangat dalam sukan dia? kalo nak sangat usha mat saleh (atau minah saleh) kenapa xnak gi Australia? derang power sukan pasal Sains sukan derang power! kenapa xnak stadi sana?

3. Yang ni mungkin korang dah ulas, skit2 nak antar UK. Suruh Safee sali try kat UK, bawak Anak rimau main kat Europe. benda2 ni bukan terjadi kat bola je, sukan2 lain pun sama. Aku ada member aktif dalam sukan permotoran. budak2 mat rempit kita dalam Cup Prix ngan Formula BMW (korang x tau? memang la..korang tau MOTOGP ngan F1 je..bab tu kita sambung pas ni)...kena makan ngan rider2 ngan driver dari Thailand ngan Indonesia! nasib baik Jazeman tu dah makan driver2 Thai ngan Indo time dia menang dulu (siapa Jazeman? cari sendiri). Kenapa xnak try dulu kat Jepun, Korea? kalo dah boleh kat sana, baru la stat pandang Slovakia or Eropah yang lain. Ukur baju la wei!

4. Kenapa kita terlampau pandang tinggi kat kemuncak? tahukah kamu sebelum Rooney Messi Terry mahupun Adigun Olobunmi pandai score derang kena belajar ikat tali kasut dulu? mana ada terus masuk 1st team? sebelum masuk 1st team tu kena ada akademi, main untuk bawah 10, bawah 12, bawah 16 dan sebagainya baru masuk pasukan SIMPANAN? maksud dia sapot kena la stat dari bawah dulu....baru la kita naik satu demi satu. Cam sukan kat Malaysia ni, pendedahan stat la dari bawah. Liga Daerah, Liga Negeri baru la ke Liga yg ada skang (sori aku x brapa tau). cam F1 motogp dan sebagainya, korang kena la tau apa itu go kart, minibike, Formula 3 british Formula BMW baru la nak tau apa itu F1 dan motogp. Bila Alex Yoong masuk F1 suma kecoh! bila dia taik dalam F1 suma lagi la kecoh! brapa ramai driver Malaysia yang kamu suma kenal yang sedang berlumba di serata dunia yang sedang berebut2 nak masuk Formula 3. tahukan kamu anak tokey nasi kandar kayu (aku x reti sebut) sedang mengemis mencari sponsor untuk dia race dalam Formula british? Kamu tak tahu? memang la...kamu beli air 1 gelas pastu tengok bola kat situ 2-3 jam. Lain kali order briyani 2-3 pinggan, cepat skit mamat tu masuk F1!

5. Kenapa xde company nak sponsor team kat Malaysia? benda ni bak kata omputih Chicken and Egg. derang Sponsor pasal nak kena ada Return on Investment. Contohla Obefiend nak kasi makin ramai orang baca blog2 dia yang lawak tu.
korang rasala, mana lagi banyak orang tengok? Team Johor FC, team _________ ataupun team2 kat EPL tu? memang la xde keja obe nak bayar team2 tu tapi apa yang aku nak cakap ni, brand awareness. kalo korang nak market budu korang, korang nak exposure kaw2...mesti la korang cek kat paper, team or sukan apa yang sokkaba banyak tunjuk. macam point no 1, paper2 kita pun dah kurang tunjuk aksi sukan kat Malaysia, buat rugi bisnes budu korang je sponsor T-team. ntah bila kluar paper aku pun x tahu. so patut syarikat2 ngan paper buat diskas sama2....kalo makin banyak paper2 kita tunjuk aksi sukan tempatan, makin ramai syarikat nak sponsor, duit masuk so Insya Allah, boleh le power skit...aku x janji tapi ala wang, ala amoi!

6. kenapa suma emo bila kutuk Arsenal, chelsea etc? aku agak respek team _______, sepanjang masa emo. bagus la...derang lahir kat situ. ini orang kita? IC no 02, 14,08 tapi pung pang pung pang cam lahir kat club derang sokong tu? nama2 player jurulatih suma korang hapal, tapi negeri kelahiran/tempat korang cari rezeki striker derang pun korang x tau nama?


kenapa kenapa kenapa...

4 comments:

hantuLongkang said...

kenapa?...kenapa sampai 6 point ko bagi?...kenapa bukan 3 je?..engkau ni kenapa?

:D

keli said...

Kah kah kah. Kenapa engkau suruh bagi 3 je hantulongkang? Kenapa gua gelak? Kakaka....Kenapa dengan gua ni?

3rdfrom9 said...

kenapa yang no.4 tue ko yang jawap untuk kenapa no.6 selepas tue nak kenapa kenapa kenapa lagik ... Dan kenapa ko sokong MU tak sokong QPR.

Kid said...

pengaruh media brader..pengaruh media..time early days of premier league pon,dorg main xde gempak mana..ikut ati aku,aku nak salahkan free mason je (tetibe)