ANDA SEDANG MEMBACA

6

Suku Akhir Piala Malaysia 2011 Oleh Ajiz Nasution

Abdul Sokernet Monday, October 10, 2011
Suku Akhir Piala Malaysia 2011.

Salam.
Alihkan sekejap perhatian kamu yang selama ini tertumpu pada BPL, La Liga mahupun Serie A (ada lagi ke manusia nak ikut liga ni?) kepada saingan bolasepak tempatan. Kenapa? Kerana, malam ini akan bermulanya saingan pertama Suku Akhir Piala Malaysia 2011. Apa? Tak berminat? Elllllleh tak minat konon. Dulu kecik kecik asal main bola je, kau lah orang pertama yang mengaku diri tu Dollah Salleh. Cehh!
Ok, berbalik kepada perihal Piala Malaysia.
Malam ini 8 pasukan terhebat di Malaysia, diulangi 8 pasukan terhebat di Malaysia akan berentap di pusingan suku akhir pertama. Lapan pasukan terhebat di Malaysia ini ialah Sabah, T-Team, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, FELDA United dan Negeri Sembilan. Pelik? Kenapa Kedah dan Pahang tidak layak? Jawapannya mudah. Selepas ketiadaan Marlon James, Kedah bukan lagi pasukan pencabar kejuaraan mana mana piala. Piala Sembang Kemas, mungkin! Pahang? Malas komen. Kalau nak jugak suruh Pipi komen untuk korang.

"Jangan suruh beta komen. Beta haram tak tahu apa pun pasal bola."

Sabah pada malam ini akan melayan kunjungan T-Team di Stadium Likas. Pasukan bimbingan Justin Ganai ini berharap dengan hadirnya sumandak yang putih gebu dan berseluar panas ini ke stadium, ianya dapat melemahkan minda Indraputra dan rakan rakan dan seterusnya dapat menggunakan kelebihan itu untuk mencatatkan kemenangan.

Secret weapons of Sabah F.A

Gergasi Merah Lembah Klang pula akan bertemu seteru daripada negeri jiran, Perak di Stadium Shah Alam tepat jam 8.45 malam ini. Selangor, yang pernah memenangi piala yang sama sebanyak 32 kali gagal untuk melepasi peringkat suku akhir pada musim lepas. Manakala Perak pula, yang dikendalikan oleh Norizan Bakar tekad untuk menjulang kejuaraan untuk kali ke 8 selepas gagal di peringkat kumpulan pada saingan musim lepas.

"Teman ingat sabtu ni nak ajak si Amri dengar tarbiyyah di Sri Petaling lah"


Perlawanan ketiga pada malam ini akan mempertemukan semula seteru 'pantai timur derby', Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail. Perlawanan ini dijangkakan akan berubah menjadi pertandingan Muay thai ekoran ketidak puas hatian pasukan Kelantan F.A terhadap kekalahan mereka dalam merebut Piala F.A yang lepas. Dato' Seri 1 Malaysia Felda ; selaku peminat no.1 Kelantan F.A dijangkakan tidak dapat menghadirkan diri kerana bimbang akan kekukuhan struktur binaan stadium itu.
TSAM : Bos, kenapa tak sokong Pahang?
DS1MF : Sejak bila Pahang ada pasukan bolasepak?
TSAM : Lorhhhh!

Dan perlawanan keempat pada hari ini ialah antara pasukan Felda United bertemu pasukan Negeri Sembilan. Layaknya Budak Felda beraksi di pentas suku akhir Piala Malaysia 2011 telah mengejutkan ramai pihak. Ada juga yang mendakwa bahawa kebangkitan mereka ini berpunca daripada harga getah yang naik mendadak dan ada juga yang mengatakan durian runtuh yang diperuntukkan kepada mereka dalam Bajet 2012 adalah saguhati kepada mereka selepas Felda United layak ke suku akhir. Nak tahu benar atau tidak khabar angin tersebut, ajukanlah soalan tersebut terus kepada Sultan Bola. Tetapi jika disuruhnya kamu menyanyi sebarang dua lagu sebelum terjawabnya soalan itu, layankan saja. Kebarangkalian untuk kamu dianugerahkan "datukship" amat tinggi sekali.

Tak guna jika kita hanya memekik supaya pimpinan F.A.M dirombak jikalau kita di peringkat akar umbi ni haram tak support langsung pasukan pasukan tempatan kita. Jadi, marilah kita sama sama turun ke stadium dan beri sokongan kepada pasukan kita supaya industri sukan bolasepak tempatan kita tidak mati, suatu hari nanti.
Sekian.

6 comments:

valentino rosso said...

gua tk puas hati takde live muai thai mlm td..

Karim Pin said...

Ini ini ini serius tulisan Lucy.

keli said...

Sultan Bola punya dialog tu gua tak boleh tahan. Macam siyooolll...LOL:D

hantuLongkang said...

takpe...tahun depan teghanung buat stadium terapung pulak...kalu runtuh jugak, sekurang2nya boleh jadi tukun...lama2 jadi terumbu karang...ada jugak pekdah untuk nelayan...

Aziz Nasution said...

Karim Pin - Penatlah aku mengarang panjang2 dalam ofis sambil cover line, kau senang senang je ckp ini tulisan Lucy.. Lucy punya artikel penuh dengan fakta la dey!

Unknown said...

najib kena tubuhkkan team sendiri PEKAN FC ataupun GAMBANG OSAKA UNITED