ANDA SEDANG MEMBACA

2

Dulu TOP 4 Sekarang TOP 6 oleh Mas Joko

Abdul Sokernet Friday, September 16, 2011
Sejak dari azali lagi EPL (nama lama) hinggalah ke BPL (nama baru) pasukan yang tertop, terpower dan juga terklasemen sekali tidak lain tidak bukan ialah Liberpul, Chelsea, Menyu naited dan errrr.. team apa yang kena 8-2 hari tu?

'Itu team Arsenal la syial!..ARSENAL!! cilakak betul how dare you underestimate my team! Apa ingat budak tadika tak pandai main bola?'

Sengal betul lah fan Arsenal ini. Tu pun nak bekeng. Ok, back to the topic, tapi sejak akhir-akhir ni kemunculan beberapa team yang semakin meningkat prestasinya mula mengganggu gugat team TOP 4 ini. Team tersebut ialah Men Siti dan juga Tottenham Hotspur. Mari kita menselusuri (betul ke ayat ni) team-team TOP 6 ini dan prediction untuk BPL season ni :

Menchester Yunaitek (Menyu)

Dengan 19 kejuaraan Liga Inggeris dalam kabinet trofinya Menyu menunjukkan kepada pasukan Ayam Brand a.k.a Liberpul siapa yang lebih klasemen dalam BPL. Dengan umur Sir Alex yang makin senja dan semakin hampir dia dengan alam barzakh namun itu idak sesekali membuatkan Menyu lemah. Team Menyu turut diperkuatkan dengan Bad Boy Runi dan jugak Cicak Made in Mexico menjadikan mereka satu strikeforce yang deadly dan mampu mengecutkan testis defender pihak lawan. Tapi gua rasa season ni mereka hanya layak menduduki tempat ke-2 dalam BPL. (Gua tak nak fan Menyu berlagak menang 20x nanti fan liberpul touching)

Chelsea

Team yang suka mengabihkan boreh si Roman Abramovich ni pula telah membuat satu anjakan paradigma dengan memborong Nando Torreh dari team Liberpul dengan harga yang tinggi. Namun Nando Torreh sudah hilang sengatnya, barangkali dicuri oleh Ajib untuk filem KL Gangster. Tetapi dengan team yang sedia ada ditambah lagi dengan pembelian Juan Mata pastinya Chelsea akan kasi senggggaatttt sama itu Menyu. Prediction No.3 dalam BPL

Liberpul

Walaupun kena kutuk dengan Abe Jib dengan gelaran History Channel, namun semangat juang King Kenny and co. tetap tidak pudar. Dengan slogan "Mu tak ke jale sore-sore" atau Yenuwa! Yenuwa!, penyokong mereka termasuk Mat Sabu tetap mengharapkan sesuatu yang bakal mengulangi sejarah dahulu. Gua harap UNESCO boleh consider untuk masukkan team ini dalam 'warisan team klasemen dunia'. Sejak kemunculan arnab baka dari Uruguay dan beberapa pemain termasuk Carroll si panau membuka lembaran baru untuk menamatkan kemarau kejuaraan BPL sekaligus menyamai rekod Menyu yang takabur itu. Tapi gua dah muak dengan statement ni " We won it 5 times". Tak habis-habis mengulangi sejarah lampau! Tapi gua rasa season ni mereka hanya layak di tempat Ke-4. Ok la tu dapat masuk UCL!

Arsenal

Sejak diayamkan 8-2 oleh Menyu tempoh hari, Cikgu Wenger bertindak drastik dengan merombak silibus pembelajaran di tadikanya. Dengan meregisterkan 4 murid baru termasuk sore dari Korea, Cikgu Wenger yakin mampu bangkit semula dari setback di awal musim ini. Untuk season ni gua predict team tadika ni untuk berada di tempat ke-5, bagi chance sama itu Liberpul main UCL pulak.

Manchester City (Mensiti)

Popularitinya makin meningkat dek dari pembelian team tersebut oleh Pak Arab suatu masa dolu. Penyokong mereka kebanyakkannya terdiri daripada budak yang tak sunat lagi dan baru nak berjinak-jinak dengan BPL. Jangan salahkan mereka, takkan diorang nak sokong Liberpul, itu team yang penuh sejarah.Bosan! Dengan 4 wins in a row mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan juga kentut sama kuat dengan Menyu.

"Mensiti power la syiall! Ada Aguero, Silva, Nasri, Tebez. Setakat 8-2 tu Mensiti boleh ayam Arsenel 10-0 beb wa cakap lu!"

Sembang tak jatuh beb fans Mensiti ni, Mat Sabu pun kalah. Tapi ada juga kebenarannya. Mensiti memang POWER! POWER! POWER!. Gua feel Mensiti dapat menang BPL tahun ni. Biar Menyu tengok jiran tetangga dia menang pulak.Asyik-asyik Pak Alex je nak menang..Pak Cini pon nak menang jugak!

Tottenham Hotspurs

Ini salah satu team underdog dalam TOP 6. Gua malas nak explain banyak pasal team ni sebab ini team yang membosankan macam Liberpul jugak. Gua bajet mereka bakal menghuni tangga ke-6 untuk season ni. Mereka ni macam Pahang la. Mula-mula hebat. Masuk UCL lagi. Last-last la ni dok bottom half. Tapi tak seteruk Pahang yang kena relegated. Patut la Abe Jib sokong Happy Warriors pulak. Dasar lalang!

Apa-apa pun Liberpul stil the powerest, terklasemen, terhaibat dan termantop! You'll Never Walk Alone! Let the history repeats itself!



2 comments:

kushyrie said...

Bangang!

sejak bila Liberpool jadi klasemen EPL?

menang pun idok!

memang bangang!

wan_jb84 said...

dulu digelar big 4..bukan top 4..top 4 tu kedudukan dalam liga..bukan gelaran..