ANDA SEDANG MEMBACA

15

Kejatuhan Dalam Bolasepak Oleh Rashidee Shukri

Abdul Sokernet Monday, September 19, 2011 , ,


Sekiranya artikel ini disiarkan, gua ingin mengucapkan terima kasih kepada Sokernet, di atas kesudian mereka untuk menyambut seruan orang ramai yang inginkan bakat penulisan (dibaca: penganjingan) mereka dibawa ke taraf yang sepatutnya. Ini membuktikan bahawa sekejam atau se-diktator mana pun Sokernet, mereka bukan komunis seperti China dan Vietnam. Pada masa yang sama juga, jari gua tengah ‘point’ dekat Abdul. Tapi, gua tak marah pun, gua tak marah…

Baik, berbalik kepada tajuk pokok.

Pada masa yang terluang, gua suka membelek-belek surat khabar online yang percuma macam BBC, Telegraph, Daily Mail dan sebagainya. Harian Metro pun gua buka juga kadang-kadang, tapi kalau nak baca cerita-cerita romen. Dua tiga bulan yang lepas, sedang gua membaca Guardian, gua dikejutkan dengan berita River Plate yang direlegasikan ke Divisyen Dua.

River Plate, antara dua kelab terbesar di Argentina (musuh ketat Boca Juniors yang ‘rivalry’ mereka dilabelkan sebagai Superclassico) boleh jatuh ke Primera B? Kalau gua boleh senaraikan keajaiban dunia gua sendiri, benda ini mesti masuk dalam list. Zainal Kling gua berkira-kira untuk senarai yang lain; mungkin dalam senarai “kebangangan umat manusia yang paling ketara”.


Gua taip nama River Plate, terkeluar pula gambar ni. Iblis!


Jawapan rakyat jelata yang biasa adalah seperti, “Biasalah tu, mana ada kelab yang kebal. Kalau dah tak cukup mata, turun la liga bawah”. Tapi kenapa boleh jatuh? Lagi-lagi di dalam kes macam River Plate yang terang-terang mendapat protection dari AFA. Kenapa, kenapa, kenapa?

Pada pengamatan gua, kejatuhan kelab bola sepak ni boleh disimpulkan kepada dua kategori, yakni semasa zaman klasikal dan juga zaman moden.

Kita lihat dulu dari sudut zaman klasikal.

Pada era awal 60-an sehingga pertengahan 80-an, kegemilangan bola sepak banyak dikaitkan dengan integriti sesebuah pasukan. Integriti yang membentuk pengurusan pasukan yang baik, pemilihan pengurus yang berwibawa, dan juga pemilihan pemain-pemain yang berinspirasi.  Jikalau integriti pasukan itu baik, maka baiklah satu-satu pasukan itu.

Dalam hal sebegini, kita boleh merujuk kepada contoh terbaik yang gua boleh cari iaitu Liverpool (a.k.a Team Favourite Abah/Tok Wan/Nek Nyang Gua). Sebelum 50-an, Liverpool telah memenangi sebanyak lima kali liga domestik.  Sebagai perbandingan, Manchester United (Team Terpoyo Sepanjang Zaman) pada masa itu hanya memenangi  liga divisyen satu sebanyak dua kali.

Namun, pengurusan yang lemah telah membawa mereka terperosok ke tangga terbawah Divisyen Dua. Dan kalau tak salah gua, masa tu ada dua divisyen sahaja dekat English Premier League (tak termasuk liga-liga kawasan Utara, Selatan, Timur dan Barat). Bagaimanapun, dengan kedatangan Bill Shankly dan konsep “Boot Room” beliau, Liverpool kembali disegani. Tapi itu cerita lain.



Kalau lu tak jumpa potret dia ni dekat bar-bar sekitar Merseyside, memang sah owner dia kutu Everton.


Ya, kawan-kawan. Liverpool yang gah pada masa kini hanyalah bertaraf siput babi masa 50-an dulu. Antara  timnas-timnas gah yang bernasib lebih kurang sama adalah seperti MU (pada 1975), AS Roma (1951), dan Valencia (1986).

Pendek kata, when there is passion, there will be glory. Tapi apabila zaman berubah, falsafah pun turut sama berubah. Macam sejarah Malaysia juga.

Mari kita tengok pula dalam konteks zaman moden ni.

Kejatuhan pada zaman moden ni gua boleh sifatkan sebagai lebih ‘dinamik’. Politik dan kapitalis lebih ‘trend’ dalam sukan bola sepak masa kini. Dan seperti yang kita tahu, dua benda jahanam ni ada dalam macam-macam cara. Cuba kita lihat beberapa contoh.

Juventus, satu kelab yang tidak asing lagi di kancah Eropah. Pernah memenangi pelbagai kejuaraan domestik Itali dan juga luar negara. Pada tahun 2006, mereka telah diterjah (stail Abang Nas Melodi) oleh Persatuan Bola Sepak Itali. Kelab yang telah diberi jolokan The Old Lady ini telah didakwa atas beberapa skandal match-fixing. Sebagai hukuman, mahkamah memutuskan untuk menendang mereka ke kancah Serie B.

Pengerusi besar mereka Luciano Moggi dan anaknya dipersalahkan seratus peratus di dalam hal ini dan  mereka masih lagi dibicarakan di mahkamah. Ini orang selalu panggil, cara-cara Abang Long Pekida. Memajmukkan method kartel mafia dengan bola sepak ni memang kerja biasa kelab-kelab Itali. Bezanya cuma Moggi & Son ni tamak terlebih-lebih.


Percubaan beliau untuk menculik anak Ibrahimovic. Nak venture dalam market jual bayi agaknya.


Satu lagi ini gua rasa Lucius Maximus dah ketengahkan dalam blog Sokernet tempoh hari. Tapi gua nak bawa topik ni ke perspektif yang lebih luas lagi, iaitu kapitalisme di dalam bola sepak. Ini bukan sahaja tertakluk pada Scottish Premier League (SPL), malahan perkara yang sama turut dirasai oleh liga-liga yang bukan calang-calang pada satu masa dahulu seperti Eredivisie, Primeira Liga, dan juga Russian Premier League.

Kita ambil contoh kelab seperti Ajax. Ini bukan kelab anak ikan dekat Eropah. Pemenang Champions’ League sebanyak empat kali dan 30 kali juara Eredivisie. Kebanyakan Dutch Masters seperti Wesley Sneijder, Ruud Gullit dan Patrick Kluivert memulakan karier muda mereka di sana, dan ramai juga di antara mereka menyarung jersi kebangsaan Belanda.


“Gua hairan. Gua punya power main bola, bini gua juga yang lagi popular dari gua.” – Rafael van der Vaart, alumni AFC Ajax.


Tapi kini, disebabkan hak penyiaran yang kurang berbanding liga-liga utama lain seperti EPL dan La Liga, mereka terpaksa bergantung kepada penjualan pemain muda yang berbakat besar dan tiket, selain peluang mereka untuk bermain di Champions’ League, yang menjanjikan pulangan revenue yang besar. Tetapi polisi ini pun akan berbalik semula kepada peluang mereka untuk bersaing di Eropah. Kalau tak ada key player yang boleh menginjakkan Ajax, macam mana mereka nak terus buru tempat dekat Champions’ League, yang menjanjikan hanya dua tempat untuk kelab Eredivisie? Mereka sememangnya tak boleh menafikan peluang-peluang kelab lain macam PSV dan Anderlecht.

Walaupun relegasi tidak berlaku, tetapi pelan jangka panjang dalam pembangunan sesuatu liga itu dah tentu akan terencat. “Datuk” Sepp Blatter kata nak promosi konsep Fair Play dalam bola sepak. Pakai air liur dengan gigi memanglah senang kan?


“Apa? Gua korup? Pergi mati.”


Contoh beginilah yang membuatkan kelab-kelab yang dulunya begitu kompetitif (Benfica misalnya)  terpaksa bermain untuk Europa League. Harus diingat bahawa perbezaan income yang datang dari dua pertandingan ni adalah tinggi, disebabkan oleh collection berdasarkan ‘market pool’ sesebuah liga.  Pendek kata, kelab yang kaya akan menjadi makin kaya, kelab yang miskin akan bertambah miskin. Orang Eropah yang kita agungkan sangat ni adil ke? Kepala bana!

Tapi steadylah kan, kejatuhan ni mungkin terjadi kepada kelab-kelab yang lu orang tak berapa berkenan sangat. Namun, tak mustahil juga kalau benda ni berlaku kepada MU sekali lagi, yang masih lagi dibelenggu hutang yang tinggi di bawah pengurusan Malcolm Glazer. Tak mustahil juga kalau La Liga jatuh tersungkur disebabkan protes gaji dan dominasi melampau oleh dua pasukan yakni Barca dan Real Madrid yang berlaku baru-baru ni.

Hidup ni macam roda, kejap kita dekat atas, kejap lagi kita dekat bawah.




Tapi dia ni tak pernah ada dekat bawah wehhhh. Pakai tangkal apa ni?

15 comments:

Jarr said...

gmbr semua tak keluar.apa celaka ni?

qayyumon said...

tah apa yang lu komen dekat gambar yang tak keluar?celaka apa ni?

pepol said...

anderlecht maen liga belgium bro,bukan eredevisie

rashideeshukri said...

babi la, gua dah agak mesti ada problem dengan gambar-gambar tu.

sorry, Anderlecht main Belgian League. gua tak perasan pulak.

Jorji said...

woi apa ni? artikel tak best ni?

balik liverpool la!

kekekeke

keli said...

Gua suka contoh2 tim yang lu bagi. lalala...
Gua enjoy baca artikel ni.
Dan macam biasa bila bercakap pasal bola dan kapitalisme walaupon di Eropah, Sultan Bola Malaya pasti akan terlibat sama. Kakaka...

Farid said...

Gambar yang bawah sekali tulah King Konek yang sebenarnya.

LuciusMaximus said...

Tak sia-sia kita didik Rashidee ni masa iftar itu hari

rashideeshukri said...

kah kah kah!

meh la datang Liverpool. gua belanja makan kebab England.

pakkordi said...

Anak ikan dingin ni... kah kah!

ijan de bunks said...

naisssss

Nuruddin Abu Bakar said...

Ini sangat ilmiah. Silalah tulis selalu.

Walk on!

Unknown said...

biar jadi sultan bola..jgn jadi setan bola

Ozgur Cek said...

nice!! lg nice kalau lu lukis konek atas kepala kita pnya sultan bola..

hantuLongkang said...

la liga takkan jatuh disebabkan dominasi..bahkan sebaliknya...
sebab ada kelab macam barcelona, real madrid dan valencia, la liga ramai pengikut...kelab2 lain dapat rahmat bila berlawan dengan diorang...

tambahan lagi, belah2 amerika selatan tak layan sangat epl, tapi la liga...

dan kelab2 eridivisie akan terus dapat hidup dengan amalan moneyball diorang(cara survival kelab kecik baseball)...sama macam Ligue 1...

tapi moneyball macam dah nak menular ke epl...tak tau la diorang dapat compete ke tidak lepas tu..

dan aku sendiri tak paham apa aku merepek pasal moneyball ni..haha