Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saudara,
Saya tertarik dengan ulasan, fakta dan perkongsian pengalaman saudara melalui blogspot saudara (laman web iaitu http://sokernet.blogspot.com/
Pasukan Ngap Sayot yang dibimbing oleh jurulatih Awang Mahyan pada masa itu telah mendominasi arena bolasepak dan sentiasa mendapat perhatian utama di setiap akhbar tempatan. Kekuatan pasukan Sarawak tidak dapat dikekang dengan semangat pemain-pemain dengan kecergasan fizikal yang tinggi dan semangat penyokong-penyokong di Stadium yang unik dan hebat sekaligus menjadi saingan yang sengit kepada pasukan yang kuat terutamanya Kedah, Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur. Slogan Ngap Sayot di kalangan anak-anak tempatan yang menjadi penyokong setia sentiasa memberi aura sekaligus membakar semangat kepada pemain-pemain untuk berjuang kea rah kemenangan.
Sememangnya tidak disangkal pada ketika itu, corak permainan Sarawak yang pantas dan keras dengan tahap fizikal yang tinggi menjadikan pasukan lawan ‘kalah bulu’ dan gentar dengan corak permainan Sarawak yang sentiasa menyerang. Saya masih ingat lagi pada ketika itu, setiap gerakan serangan sama ada bahagian sayap atau bahagian tengah dialuni dengan geruan dan sorakan penyokong di Stadium menjadikan keseluruhan Stadium Sarawak ‘bergegar’, bahkan sehinggakan pengadilan dipersoalkan oleh penyokong jika keputusan berpihak kepada pasukan lawan jika berlakunya kesilapan kecil.
Kehebatan penyokong-penyokong pasukan Ngap Sayot yang luar biasa dan tidak berbelah bahagi apatah lagi kepada mereka yang fanatik dan mempunyai semangat kenegerian. Laluan utama ke Stadium sentiasa sesak sehinggakan limpahan jumlah penonton sehingga ke trek Stadium pun menjadi cabaran utama pihak keselamatan dikalangan FRU Polis dan Rela untuk berkawal. Manakala, mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium juga mengambil peluang mendengar ulasan langsung daripada corong radio RTM Sarawak. Pemain-pemain seperti Mohd. Ali Shafiee, Jalil Ramli, Roslan Ismail, Afandi Jol dan sehebat dengan barisan utama pasukan sentiasa menjadi idola penyokong ketika itu sekaligus menidakkan sumbangan besar daripada Jurulatih, Awang Mahyan.
Itulah petunjuk kebangkitan pasukan Sarawak pada ketika itu yang mengamalkan permainan yang pantas, keras, dan kasar serta seimbang dalam membuat serangan. Ini ditambah lagi dengan sokongan hebat penonton di Stadium. Pernah suatu ketika, berlaku terjahan-terjahan kasar jika kekalahan berlaku pada saat-saat akhir apatah lagi dengan keadaan pemain-pemain yang emosi. Tahun demi tahun selepas itu, Sarawak mengalami beberapa siri kekalahan dan dominasi pasukan Sarawak semakin luntur dan tidak digeruni lagi. Pelbagai usaha dilakukan selepas itu, tetapi tiada perkembangan yang lebih positif berlaku. Semenjak itulah, peminat bolasepak Sarawak yang dulunya fanatik tidak lagi datang ke Stadium. Yang dulunya sokongan penyokong adalah luar biasa menjadi ‘tidak biasa’, sehinggakan putus asa untuk mengikuti perkembangan bolasepak negeri.
Itu adalah nostalgia kehebatan pasukan Sarawak dahulu. Tapi hari ini, Pasukan Bolasepak Sarawak telah melalui perubahan landskap dan gelombang baru dengan memberi fokus kepada tahap permainan yang berprofail tinggi serta berpaksikan kepada skill, taktik, strategi, profesional dan corak permainan yang moden. Skill individu dan pasukan adalah menjadi tonggak utama dengan pendekatan taktik dan strategi secara professional oleh jurulatih (Robert Albert) yang berpengalaman dan bertaraf antarabangsa sekaligus menjadi hipotesis utama kepada anjakan cara permainan moden. Corak permainan yang moden dan berskill tinggi ini memberi dimensi dan perspektif baru kepada pasukan Sarawak. Inilah pendekatan yang diusahakan oleh Persatuan Bolapsepak Sarawak yang perlu dilaksanakan sepenuhnya.
Kalau kita lihat kepada Liga Bolasepak Antarabangsa terutamanya English Premier League (EPL), LA Liga (Liga Sepanyol), Serie A (Liga Itali) dan setaraf dengannya mengamalkan corak permainan berskill tinggi serta mempunyai taktik permainan bertaraf dunia. Contohnya, pasukan Barcelona diiktiraf sebagai pasukan Kelab terbaik dunia apabila memenangi Liga-liga juara Eropah 2011, juara LA Liga dan beberapa pertandingan di peringkat Eropah. Jika anda lihat ,corak permainan pasukan Barcelona yang mengamalkan permainan berskill tinggi.
Pemain seperti Lionel Messi, David Villa, Pedro, Puyol, Xavi, Inniesta, Alves dan sehebat dengannya mempunyai skill individu yang tinggi, apatah lagi dengan corak permainan yang berstruktur, bergerak secara organisasi (berpasukan), hantaran yang tepat dan pendek dan mempunyai taktikal yang tinggi dan pendekatan ‘fair play’ yang diterapkan oleh jurulatihnya (Giordola) sekaligus memberi impak kepada kemenangan Kelab tersebut di peringkat Eropah.
Kebanyakkan pemain ini diangkat sebagai pemain pasukan Kebangsaan Sepanyol dan menjadi pasukan berada kelas pertama dunia. Usaha-usaha ini bukanlah hanya sekelip mata bahkan hakikatnya ia telah melalui proses transformasi selama 2 dekad yang lalu di Sepanyol. Cabaran sedekad ini adalah apabila Negara Jerman dan Jepun dalam usaha untuk meniru dan mengadaptasikan corak dan gaya permainan Negara Sepanyol. Sehinggakan Negara Cina dalam usaha untuk meniru dan melatih pemainnya seperti Lionel Messi. Bayangkan...
Secara perspektifnya, kita dapat melihat bagaimana dengan kehebatan skill, taktik, strategi, corak permainan dan pengalaman pemain-pemain yang bertaraf dunia memberi impak kepada keseluruhan pembangunan bolasepak Negara tersebut. Malahan, pembangunan bolasepak di peringkat akdemik juga menitikberatkan skill individu dan taktikal yang tinggi. Inilah dinamakan permainan bolasepak secara total dan moden. Persoalannya, mampukah kita merealisasikan impian pasukan Negeri Sarawak seperti Kelab Barcelona yang diangkat sebagai pasukan terbaik dunia? Mampukah kita mengikuti corak permainan moden Barcelona untuk diadaptasikan kepada pasukan Negeri kita? Mampukah kita melahirkan pemain seperti Xavi, Inniesta, Lionel Messi dan sebaris hebat dengannya? Adakah kita sebagai pemerhati hanya membanggakan Kelab Barcelona sebagai Kelab Idola kita dengan memakai pakaian Barcelona lalu mendabik dada kepada rakan-rakan kita yang meminati Kelab-kelab lain Eropah (Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Ajax, Bayern Munchern, Porto, Inter Milan)?
Bayangkan, jika Bolasepak Negeri Sarawak menjadikan Kelab-kelab terbaik dunia sebagai kayu pengukur kepada pembangunan bolasepak secara total dengan mengambilkira skill, permainan moden dan taktikal yang tinggi, saya percaya suatu hari nanti tidak hairanlah pasukan kita diangkat ke tahap yang lebih tinggi sekali di mata dunia bahkan pemain-pemain tempatan menjadi pemain import kepada Kelab-kelab terbaik dunia.
Saya percaya, inilah usaha yang sedang dilaksanakan oleh Persatuan Negeri Sarawak ke arah memajukan dan memodenkan permainan bolasepak Negeri Sarawak. Usaha ini telah terbukti melalui pendekatan dan kemenangan di peringkat Liga Malaysia dan berada kedua terbaik dalam liga. Yang paling penting adalah sokongan dan gelombang aura Ngap Sayot yang dulunya mengegarkan Stadium amat diteguhi sepenuhnya dalam arena Liga Super tahun ini. Dengan “Game Plan” dan adunan permainan yang moden serta berskill tinggi diikuti dengan sokongan penyokong Ngap Sayot dijangka akan memberi suntikan yang tinggi sekali kepada pemain-pemain agar mencapai kemenangan dalam liga-liga domestik pada masa akan datang. Usaha yang berterusan ini sentiasa dipertingkatkan, malahan pendedahan pemain-pemain dan pengalaman jurulatih Negeri Sarawak, Robert Albert di peringkat antarabangsa sentiasa mengikuti perkembangan dan perbincangan taktikal dengan rakan-rakan di luar Negara akan diperluaskan sekaligus merealisasikan usaha menjadikan Sarawak sebagai pasukan No. 1 dan berprestasi tinggi di Malaysia.
Come On, Ngap Sayot, Encang Sarawak, Bujang Senang dan apa jua slogan yang diperjuangkan semata-mata untuk kemenangan pasukan Sarawak, bersatulah, penuhilah dan gegarlah stadium Negeri kita. Anak-anak Sarawak di segenap ceruk inci tanah di Sarawak dan juga mereka yang berada di Semenanjung, bergemalah dan bersatu memberi semangat luar biasa kepada pasukan kita. Sesungguhnya, semangat luar biasa ini akan akan member impak yang besar sekaligus memartabatkan maruah pasukan Sarawak di arena sukan bola sepak masa kini.
Daripada :
Peminat Bolasepak Sarawak
Penulis: Zunica Sapiee
Emel: myzunica@yahoo.com
6 comments:
akus etuju je bro
celaka. kenapa aku tak dapat FIRST?
Zunica Sapiee ni sebenarnya saja nak cari alasan sebab Sarawak sekarang main bola bangang macam Arsenal
Dia bandingkan Sarawak dengan Barcelona.
Gila gamaknya.
LOL for Lucy and Abdul punya komen!!
Biarla dia nak mengenang-ngenang macam Liverpool... :p
serupa macam kau jugak laa lucius. chelsea main sambil makan taik dalam padang, power jugak alasan kau. apa ada hal.
biar la dia nak bandingkan dengan barca atau perak sekali pun. at least dia masih menyokong. thick and thin.
Post a Comment