ANDA SEDANG MEMBACA

6

Orang Naungan British Oleh Kareem

Abdul Sokernet Wednesday, September 14, 2011

Ketika gua sedang enak mengunyah roti canai kuah banjir pagi Ahad lalu, gua dikejutkan dengan bunyi anjing. Err, bukan. Gua dikejutkan dengan berita QPR menerima tajaan bertulis Air Asia dan MAS di jersi pasukan mereka dengan 3 gadis manja tersenyum riang memperagakan jersi-jersi tersebut. Dalam kes ni, elok kita berbalik kepada kata-kata Profesor Zainal Kling yang mengatakan kita tak pernah dijajah sebaliknya kita hanya menjadi naungan British saja. Apa beza jadi naungan dengan dijajah, sumpah sampai hari ni gua tak paham. Memang kling!

Kegilaan orang Malaysia mengagungkan kelab luar bukanlah benda baru. Bersepah-sepah kedai mamak tumbuh bak cendawan dengan dipenuhi oleh orang Malaysia berpengkalan di London. Kini, kegilaan itu bertambah menjadi-jadi dengan kegilaan baru yakni membeli kelab Inggeris atau sekurang-kurangnya mencetak nama di jersi pasukan Liga Inggeris. Dulu, Proton jadi perintis dengan menaja Norwich City sampailah kelab tu terhumban ke divisyen satu balik. Sekarang, Vincent Tan angkut Cardiff dan diikuti pula dengan Tony Fernandes dengan QPRnya sehinggakan orang Malaysia boleh mengaku berdarah QPR! Genting Berhad pun tumpang sekaki dengan menaja Aston Villa.

Ah, palat apa gua cerita benda yang lu orang dah tahu. Maka, gua terdetik dalam hati di kala gua menghabiskan baki roti canai kuah banjir gua tu. Liga Malaysia kita pernah melalui satu zaman di mana ia sampai di satu tahap susah nak mencari penaja setelah syarikat rokok menarik diri dulu. Itupun TM terpaksa menjadi penaja setelah Sultan Bola merayu-rayu dan menebalkan muka di setiap syarikat gergasi meminta penajaan. Dan now, kita lihat bersepah-sepah kompeni gergasi Malaysia membeli kelab luar. Apa kejadahnya ini berlaku?

Bagi gua, ini semua market untuk kompeni besar ni mengorak langkah lebih besar menembusi pasaran antarabangsa dalam memasarkan jenama dan produk mereka. Lagi satu, faktor duit. Samalah tu sebenarnya. Market akan melahirkan duit. Jadi, dengan menaja kelab luar, sudah tentu poket orang kapitalis ini semakin tebal. Apa barang Vincent Tan nak taja Johor FC? Bukan boleh main Champions League pun. Jadi, setelah menikmati teh tarik sebagai penutup hidangan roti canai gua pagi tu, dapat gua simpulkan yang orang kita ni memang suka menjadi orang naungan British.

Nickname:Kareem

Blog:warkahkembara.blogspot.com

6 comments:

ahfat said...

smart! Gua suka..!

Anonymous said...

bongok ape. kite sponser dorang. kita la naung dorang

kareem said...

palat...asal nama gua pulak..nak kena kekah ke ape...

keli said...

Gua suka lu punya kesimpulan. Tersangat fakta...kakaka

pakkordi said...

Aku tak tau lah orang-orang kaya Malaysia yang beli kelab luar tu minat bola ke tidak tapi perangai orang kaya ni kebanyakkannya sama sahaja: Menunjuk-nunjuk sapa yang lagi kaya.

hantuLongkang said...

eh lu punya teh tarik sapa mau bayar?...lu ingat roti canai lu dah bayar, gula vincent tan kasi free?...
lau cin cau lu..

:D