ANDA SEDANG MEMBACA

13

Kenapa Johor FC Tersingkir Awal Piala Malaysia 2011? Oleh Khuzrin Kamarudin

Abdul Sokernet Saturday, October 15, 2011


Johor FC. Sebuah kelab maha hebat dari selatan tanah air. Dari tiga tahun lepas, Johor FC menamatkan liga dengan berada di kelompok empat teratas dan tak pernah jatuh dari kelompok itu sampai tahun ni. Begitu juga untuk saingan Piala Malaysia. Dari tiga tahun lepas, Johor FC sudah dua kali mara ke peringkat separuh akhir. Cuma tahun ini mereka tersingkir awal. Pernah melayakkan diri untuk bermain di Piala AFC menggantikan Selangor yang tarik diri. Oleh kerana kehebatan pasukan berstatus kelab inilah, sudah dua kali Johor FC dikurniakan Kelab Terbaik oleh Anugerah Kebangsaan 100Plus-FAM.

Johor FC tetap pilihan aku walaupun perlawanan bola sepak pertama yang aku tonton ialah final Piala FA 1998 antara Sabah dan Johor FA. Bukan Glory Hunter MenYu vs Sejarahwan Liverpool.

Pada dasarnya, aku selaku pemilik 'tatu' Lebah dalam hati sejak mula kenal apa itu sistem bola sepak, mengandaikan bahawa kejatuhan mendadak Johor FC ini adalah disebabkan kepincangan pihak pengurus. Ok. Ini cuma andaian aku sahaja. Umum mengetahui, tahun lepas, Johor FC hampir dibaham Abang Jais Sarday, kononnya mahu digabungkan dengan skuad negeri, Johor FA. Dengan alasan untuk memartabatkan maruah bola sepak Johor.


Namun dek ideologi sama yang pernah digunapakai sebelum ini ke atas "Allahyarham" Pasir Gudang United, menemui papan tanda "Gagal", penyokong-penyokong Johor FC telah sebulat suara membuat bantahan keras ke atas idea mengarut ini. Natijahnya mereka mengalah dan tidak meneruskan idea penggabungan dua skuad menjadi satu.


Arakian, mereka tidak mengalah sepenuhnya. Mereka telah membuat satu lagi keputusan muktamad, dengan menjadikan design jersi antara Johor FC dan Johor FA menjadi sama. Lambang Johor FC dikecilkan sementara bendera Johor disematkan di dada kiri jersi. Warna oren? Tidak. Mereka telah menggantikan warna oren dengan warna biru-merah sebagai jersi tuan rumah. Jersi pelawat warna hijau sementara warna oren turun takhta ke jersi ketiga. Gejala 'Skuad Oren' mahu dihapuskan? Mungkin.


Logo Johor FC ada di belang warna merah, ada di belang warna biru. Logo penaja 'tenggelam' kerana warna sama dengan belang-belang. JKing? Layaknya di stokin. Jersi keeper lain macam. Kesimpulannya, langsung tak smart dan layaknya cuma untuk dipakai di Liga Kampung Muhibbah anjuran UMNO Semberong.


Natijahnya, Abang Eddy Helmi Manan, Rezal Zambery Yahya, Ridhuan Ma'on dan yang lain-lain terpaksa menebalkan muka menyarung jersi "Barcelona", berjuang dengan semangat yang kucar-kacir seserabut jersi mereka. Namun, penyokong-penyokong yang tampil ke stadium tetap memakai jersi oren. Ya, penyokong Johor FC adalah sedikit kuantitinya kalau nak dibandingkan dengan Kelantan, Selangor ataupun Perak. Tapi yang penting kesetiaan, semangat Lebah, jiwa dan seangkatan dengannya. Bukannya sokong bila dah menang. Bila dah up, semua mengaku sokong, bila jatuh, lagi rela tonton Tahajjud Cinta.


Tetapi, selepas beberapa ketika, Johor FC didapati lebih banyak beraksi dengan jersi hijau dan jersi oren walaupun bermain di laman sendiri. Jersi tuan rumah ala "Barcelona"? Pergi mati.


Pertukaran jurulatih pun sedikit meragukan aku. Ramlan Rashid lagi mempunyai gaya permainan yang menarik, cun, dan kejayaan beliau bukan sedikit. Tapi, dia ditukarkan dengan 'The Professor Azuan Zain' kerana kejatuhan mendadak di persaingan liga pusingan pertama dengan menduduki tangga ke-11. Tahap mana The Professornya, aku tengah cari ni. Azuan Zain, bekas jurulatih Johor FA.

Menyambut hari lahir sambil diraikan pemain Johor FC. Rokok di tangan membuktikan kejantanan ketika bergambar.

Walau begitu, dia telah menyelamatkan Johor FC dari tersingkir ke Liga Perdana. Liga yang dah tak meriah sejak Selangor naik ke Liga Super semula. Dulu masa Selangor di Liga Perdana, penuh surat khabar cerita Selangor, Bambang pergi pasar malam, Elie Aiboy makan durian. Agaknya kalau Selangor kat Liga FAM pun, Astro Arena ambik game diorang sebagai 'Super Sabtu'.

Ok. Maaf ke laut pulak. Berbalik ke isu asal. Aku rasa, macam ada pertukaran posisi, ataupun pertukaran sistem pengurusan di pihak atasan yang tidak diwar-warkan kepada umum. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara Johor FA dan Johor FC membabitkan pihak kerajaan negeri Johor sekali.

Ni andaian aku sahaja. Aku tak tahu betul atau tidak. Kalau betul, betullah. Kalau salah, yang sebenarnya memang Johor FC tengah jatuh. Itu sahaja.

Sementara itu, di sisi tepi hati aku, ada berdetik, kemungkinan Johor FC sengaja singkir awal kerana tidak mahu melayan karenah mengarut yang dianjurkan FAM dalam Piala Malaysia edisi kali ini.

1) Format liga peringkat kumpulan sentiasa bertukar dari satu edisi ke edisi lain.

-Pernah semua pasukan negeri, PDRM dan ATM layak automatik, sementara status kelab terpaksa bersaing untuk dapatkan baki dua tempat dalam Piala Malaysia.

-Pernah sistem kumpulan dipecahkan kepada tiga, Juara dan Naib Juara setiap kumpulan layak automatik ke suku akhir, sementara untuk lagi dua tempat ditentukan dengan dua tempat ketiga yang terbaik dari tiga kumpulan.

2) Waktu perlawanan yang pelik. Hari Isnin dan Jumaat? Sungguh tak masuk akal.

3) Harga tiket untuk pusingan kalah mati dinaikkan. Mahu menjadikan bola sepak sebagai perniagaan bukan begini caranya bradah! Ikut Eropah sana baru betul.

4) Sultan Ahmad Shah atau lebih selesa dengan gelaran Sultan Bola masih kekal menerajui tampuk kepimpinan FAM dan cemerlang mengemudi bola sepak Malaysia dengan jayanya sehingga dikagumi FA England.

Lagenda dan gagah. Persis si pemencak silat.


5) Tambah sendiri.


--Manis madunya, bisa sengatannya---



Nickname : Sipot
Blog : http://sipotsitukangtulis.blogspot.com/

13 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Celaka punya label!

rashideeshukri said...

entri ni dirosakkan oleh label yang jahanam tu. gua syak Abdul ni penyokong _____________.

Khy~Nur said...

kejatuhan Johor FC setelah kehilangan byk pemain berbakat dan juga pihak2 yg ingin mengambil kesempatan ternyata memberi kesan kepada prestasi...

dana dari JCorp yg dahulu sepenuhnya untuk Johor FC, kini terpaksa berkongsi pula dgn Johor FA...

paling x bleh blah kenyataan MB Johor, kenapa perlu ada 2 pasukan dalam satu negeri? nampak sgt x pernah nk amik tahu hal bola sibuk ke ghazal ngan kuda kepang die je...

Johor FC selalu menjadi mengsa keadaan kerana status kelab mereka...namun skali pun tiada kes pemain x dibayar gaji atau KWSP tertunggak ke ape...

Johor FC tetap di hati rakyat Johor...

Ozgur Cek said...

cis Johor FA xde duit ke yg dia pg sapu dana JCorp...

Haziq said...

Kalah atau menang gua tetap sokong Johor FC!!!haha

Mashkov said...

Label abang abdul konek! Ha ha ha

hantuLongkang said...

sapa suruh pergi buat johor fc...buat la pasir gudang fc ke, tepian kubur fc ke..

terengganu jugak yang pandai buat PBDKT t-team...keh2..

--kalau takut jatuh, jangan bersarang di dahan tualang--
:D

kareem said...

lorr..ni entri basi la..brape punye lambat da ko nak kupas pasal apa tersingkir awal piala msia ni...dah..dah..gi main baling selipar tu..

Usagi9898 said...

skilake label untuk entri nih. abdul konek lu mmg sialan. kehkehkeh

ahm ahmad said...

kembalikan era oren! pernah stadium pasir gudang rm5 hengget je..burger singgit..balik tengok bola ngeteh cerita kepoweran johor fc..

Anonymous said...

http://bandar-manchester.blogspot.com/

Anonymous said...

Salahkan Jais Sarday. Dia punca kenapa Johor FC jadi bangsat!

Anonymous said...

Aku tengah menyumpah ni bila baca artikel ni. Babi sebat Johor FC untuk jadi glory hunter. Johor FA babiiiiii